Pelakon Popular ‘Hilang’ Daripada Internet Susulan Sekatan China Kepada Pempengaruh Media Sosial

Pelakon Popular ‘Hilang’ Daripada Internet Susulan Sekatan China Kepada Pempengaruh Media Sosial

Sejak beberapa tahun lalu, China mula menyekat pengaruh pempengaruh (influencer) dan pelakon popular di media sosial. Presiden China, Xi Jinping mengarahkan agar media sentiasa dipantau daripada pengaruh luar negara.

Jika sebelum ini, mereka hanya mengawal budaya dan ekonomi, kali ini selebriti yang tersenarai dalam senarai A-list turut menerima tempias yang sama.

Antara yang terbaharu adalah melibatkan bintang filem, Zhao Wei atau lebih dikenali sebagai Vicki Zhao yang sudah pun berada lebih 25 tahun dalam industri perfileman di China.

Pelakon Popular ‘Hilang’ Daripada Internet Susulan Sekatan China Kepada Pempengaruh Media Sosial
Sumber: Marketing Interactive

Pelakon popular itu bukan sahaja didapati hilang daripada media sosial, tetapi juga karya-karya lakonannya turut dibuang daripada ditayangkan di platform penstriman video.

Netizen China menyatakan kes yang berlaku pada Zhao hampir sama dengan apa yang pernah berlaku pada bintang China, Fan Bingbing pada tahun 2018 lalu.

Malah percaya ia adalah salah satu usaha kerajaan China mengawal kuasa sosial untuk bersuara menentang kerajaan menerusi kempen Parti Komunis dengan menyasarkan entiti swasta dengan data pernah dilaporkan pada 2018 adalah sebanyak 10,000 akaun media sosial dipadam.

Menurut satu sumber, apa yang berlaku pada Zhao adalah jauh lebih besar daripada tuduhan mengelak cukai seperti apa yang pernah berlaku pada pengasas Alibaba, Jack Ma beberapa bulan lalu.

Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China 4

Hampir lebih dua bulan lamanya Jack Ma tidak memunculkan diri, salah satu perniagaan milik beliau iaitu Ant Group berada dalam pemantauan kerajaan China susulan satu kenyataan kontroversi yang dikeluarkan beliau pada 24 Oktober lalu.

Beliau mengkritik sistem kewangan China yang bersifat tradisional dan berpendapat perlunya satu sistem baharu yang mesra golongan muda.

Baca lanjut: Misteri Kehilangan Jack Ma Ada Kaitan Dengan Kerajaan China?

Sumber: NPR