ziyad

Ziyad Lewat 28 Minit, Ukraine Dan Greece Lakukan Provokasi Kepada Penolong Pengadil

Menurut laporan Utusan Malaysia yang bersumberkan daripada kontinjen Paralimipik negara di Tokyo, Ziyad Zolkefli dan jurulatih membuat sesi pemanas badan di stadium sebelah dan perlu melapor diri di bilik menunggu pada pukul 5.55 petang (waktu Jepun) kerana pertandingan bermula pukul 7.05 minit.

Walau bagaimanapun, mereka melapor diri pukul 6.23 petang iaitu lewat 28 minit.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang baru tiba di stadium terkejut melihat Ziyad masih memanaskan badan pada waktu di mana dia sepatutnya berada dalam bilik menunggu. Beliau sendiri yang memanggilnya untuk masuk ke dalam ‘call room’.

Ziyad pada awal lagi telah dikategorikan sebagai DNS (Do Not Start)  tetapi mungkin ada rayuan yang dilakukan menyebabkan beliau bertanding dalam tempoh protes.

Situasi pandemik menyaksikan hanya seorang pegawai bersama atlet dibenarkan dibawa berbanding sebelum ini tiga orang pegawai. Perkara ini mungkin menyebabkan jurulatih kurang peka tentang peraturan pertandingan yang menyebabkan insiden ini berlaku.

Menurut sumber, semua pegawai telah diberi taklimat oleh CDM berhubung peraturan dan apa yang patut dilakukan.

BACA: “Mungkin Ada Hikmah Besar Disebaliknya”, Azizulhasni Titip Kata Nasihat Kepada Ziyad

240945134_538191567296753_3621411431354523246_n

Terbaharu, Jurulatih Ziyad Zolkefli, Faizol Harun meminta tiada lagi pihak menunding jari kepada sesiapa atas kontroversi yang menimpa jaguh lontar peluru negara itu pada Sukan Paralimpik Tokyo, sebaliknya dia mengambil tanggungjawab penuh atas apa yang berlaku.

ziyad zolkefli

Menurut kenyataannya yang diambil media ketika kepulangan Ziyad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka telah sampai awal di tempat pemanas badan pada pukul 4.15 petang. Ziyad kemudiannya memanaskan badan daripada pukul 4.45 hingga 5.30 petang.

Dalam pukul 5.45 petang, mereka membuat persiapan untuk Ziyad, termasuk menyediakan baju dan sebagainya serta ada melakukan sedikit urutan.

Di hadapan mereka terlihat atlet Greece dengan jarak hanya dalam 4 hingga 5 meter. Apabila sampai atlet tersebut dibenarkan masuk dan mereka pula tidak dibenarkan masuk. Penolong pengadil menyatakan mereka sudah lewat dengan menunjukkan jam digital sudah pukul 5.56 petang.

Mereka ditahan lalu membuat rayuan dan membantah bersama Australia dan Ecuador sebelum ketua pengadil membenarkan mereka masuk ke bilik menunggu.

Ketika itu, jurulatih Ukraine dan Greece melakukan provokasi kepada penolong pengadil. Sekiranya penolong pengadil membenarkan Ziyad bertanding, mereka akan melakukan protes.

Mereka kemudiannya masuk ke dalam stadium. Namun, selepas lontaran ketiga baharu pegawai memaklumkan bahawa Ziyad DNS. Jurulatihnya terus merujuk kepada ketua kontinjen dan pegawai MPM (Majlis Paralimpik Malaysia).

“Selepas menceritakan apa yang berlaku, mereka terus membuat rayuan. Kalau daripada awal mengetahui tentang perkara ini sudah tentu saya tidak akan benarkan Ziyad bertanding,” jelasnya.

Sumber: Utusan