Pemilik Terkejut Tanah Lot Bernilai RM7 Juta Ditukar Milik Tanpa Pengetahuan 1

Pemilik Terkejut Tanah Lot Bernilai RM7 Juta Ditukar Milik Tanpa Pengetahuan

Pemilik terkejut tanah lot bernilai RM7 juta dipindah milik tanpa pengetahuan.

Semalam (6 September), media Harian Metro melaporkan sebidang tanah milik dua beradik berusia 50-an yang berlokasi di tengah ibu kota telah dipindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan pemilik.

BACA: Sunway Beli Tanah Di Kelantan, Bakal Bina Hospital Dengan Kos RM200 Juta

Dengan keluasan 1,858 meter persegi yang bernilai lebih RM7 juta, keduanya keliru bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah tersebut tanpa keizinan daripada pemilik asal.

Pemilik Terkejut Tanah Lot Bernilai RM7 Juta Ditukar Milik Tanpa Pengetahuan 2
Sumber: Harian Metro

Kejadian tersebut hanya disedari selepas dimaklumkan anak saudara mereka pada 10 Ogos lalu dan hasil semakan dengan pegawai pejabat tanah mendapati ia memang sah sudah ditukar milik sedangkan tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak untuk memindahkan hak milik tanah kepada mana-mana individu atau syarikat.

Pemilik Terkejut Tanah Lot Bernilai RM7 Juta Ditukar Milik Tanpa Pengetahuan 1
Sumber: Harian Metro

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 12 Ogos lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menahan lima lelak yang dipercayai terlibat termasuk peguam dan pekerja yang ditugaskan menghantar dokumen berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan pihak mereka sudah menahan lima lelaki tempatan dan merampas 22 set dokumen yang dipercayai digunakan dalam urusan penjualan dan pertukaran hak milik tanah.

Perkembangan lanjut berhubung kes ini akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

Sebelum itu, tahukah anda Shah Rukh Khan adalah antara individu yang miliki tanah lot di bulan? Baca lanjut di: Shah Rukh Khan Antara Individu Yang Miliki Lot Tanah Di Bulan, Namun Adakah Pemilikan Ini Sah?

Sumber: Harian Metro