Kereta Tesla Tony Fernandes

Tony Fernandes Muat Naik Foto Kereta Tesla, Netizen Tanya Bila Nak ‘Refund’ Duit

Tony Fernandes Muat Naik Foto Kereta Tesla, Netizen Tanya Bila Nak ‘Refund’ Duit.

Pandemik COVID-19 bukan saja mengancam nyawa dan tahap kesihatan, tetapi mengubah sama sekali cara dan gaya hidup manusia di seluruh dunia termasuklah di negara kita.

Situasi pandemik memperlihatkan reaksi masyarakat pada masa kini antaranya, menjadi lebih sensitif, mudah marah dan cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group, Tan Sri Tony Fernandes memuat naik foto bersama sebuah kereta baharu jenama Tesla di laman Instagram bersempena Hari Kemerdekaan.

Statusnya cukup ringkas dengan menyatakan, “Going green. No more gasoline. Gone electric. Rented Tesla model Y. Love it.”

Bagaimanapun, hantaran tersebut tidak sekadar dipenuhi dengan pujian tetapi komen kritik daripada beberapa individu yang menyuarakan isu gaji serta bayaran balik berkenaan tiket pesawat Air Asia disebabkan pandemik.

Kereta Tesla Tony Fernandes
Sumber: WapCar

Namun, apabila dilihat kembali hantaran tersebut, komen-komen berkenaan telah pun dipadam.

Difahamkan, Tesla model Y merupakan salah satu model terkini yang dikeluarkan di pasaran Malaysia. Menurut laman WapCar, model Y merupakan model SUV yang mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang.

Kereta Tesla Tony Fernandes
Sumber: Barron

“Harga asas bagi model ini adalah sekitar HK$ 329,800 (RM 178,550). Harga ini tidak termasuk cukai,SST, duti dan keuntungan pengedar yang bakal menyaksikan harga belian akhir mencecah RM 406,000.

“Hanya dua model yang ditawarkan untuk Tesla model Y iaitu model Long Range yang mampu mencecah jarak tempuh sehingga 524 km, (pecutan 0-100 km/j dalam 4.8 saat) atau model Performance yang mempu memecut 0-100 km/j dalam 3.5 saat (jarak tempuh 487 km).”

Mungkin bagi Fernandes harga model kereta itu tidaklah memberi impak begitu besar kepada dirinya tetapi bagi sebahagian pelanggan dan kakitangan Air Asia yang mengadu, pastinya nilai itu amat besar bagi mereka.

Sejak bermulanya pandemik, Air Asia mengalami kerugian sehingga melibatkan pembendungan kos termasuk jumlah tenaga kerja dan pemotongan gaji pengurusan, kakitangan dan pengarah.

Fernandes juga pernah menyatakan hasrat untuk mengambil semula pekerjanya yang terpaksa diberhentikan pada tahun lepas susulan impak COVID-19, apabila perniagaan syarikat penerbangan itu kembali pulih.

Hakikatnya, pandemik COVID-19 secara tidak langsung mendedahkan perpecahan dan jurang kekayaan yang semakin meluas di serata dunia.