‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Antara Orang Terkaya Di AS Mungkin Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun 3

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Antara Orang Terkaya Di AS Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun

Masihkah anda ingat mengenai kisah seorang scammer yang pernah tersenarai sebagai salah seorang daripada 400 orang terkaya di Amerika Syarikat, Elizabteh Holmes?

Untuk pengetahuan anda, Elizabeth Holmes kini sedang menjalani perbicaraan atas tuduhan penipuan yang melibatkan syarikat miliknya, Theranos.

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Antara Orang Terkaya Di AS Mungkin Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun 1
Sumber: The Guardian

Beliau bersama bekas teman lelakinya serta presiden bersama, Ramesh Sunny Balwani dituduh atas enam tuduhan penipuan yang berkaitan dengan perniagaannya yang menipu pelanggan serta pelabur yang percaya dengan produknya.

Elizabeth bagaimanapun membela diri dengan mendakwa beliau dipengaruhi Balwani yang disifatkan sebagai ‘kasar’ sehingga merosakkan keadaan mentalnya, namun Balwani menolak dakwaan berkenaan dan sedang menghadapi perbicaraannya sendiri pada Februari 2022.

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Antara Orang Terkaya Di AS Mungkin Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun 2
Sumber: The Guardian

Elizabeth Holmes (1984) menjalankan perniagaan start-up, Theranos yang menawarkan perkhidmatan diagnosis kesihatan fizikal dan mental dengan hanya menggunakan setitik darah.

Sudah bercita-cita mahu menjadi jutawan sejak kecil, Elizabeth yang mempunyai minat terhadap bidang bioteknologi mendapat idea untuk menghasilkan satu perkhidmatan atau alat yang boleh mendiagnosis penyakit.

Beliau kemudiannya memfailkan permohonan untuk mempatenkan ideanya dan berhenti daripada meneruskan pengajian dengan menubuhkan syarikat Theranos.

‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat 2

Produk yang dipanggil sebagai patch tersebut digelar ajaib kerana boleh mengesan penyakit dalam tempoh masa yang pendek – pesakit tidak perlu membuang masa di hospital dan makmal.

Patch ajaib tersebut kemudiannya dinaik taraf menjadi satu peranti mudah alih yang hanya memerlukan setitis darah daripada pesakit untuk diagnosis penyakit.

Di usia 31 tahun, impiannya untuk bergelar jutawan berjaya dicapai apabila populariti Theranos meningkat naik selepas Tim Draper yang merupakan kenalan keluarganya melabur di dalam syarikat tersebut sehingga menarik perhatian jutawan lain termasuklah Barack Obama.

Dalam tempoh yang singkat, Elizabeth menjadi ikon Silicon Valley kerana syarikat start-up dalam bidang perubatan adalah jarang di Silicon Valley dengan nilai Theranos pada 2014 mencecah RM39.7 bilion.

Untuk itu Elizabeth berjaya menandatangani kontrak bersama syarikat-syarikat farmaseutikal, muncul di kaca televisyen, TED, dan majalah-majalah besar seperti The New York Times dan Forbes.

Namun kegiatannya mula terbongkar apabila seorang wartawan media The Wall Street Journal, John Carreyrou  mula melakukan siasatan.

Baca lanjut di: ‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat

Sumber: The Guardian