Harga Saham Meningkat Lebih 3,000%, Pengasas Shopee Tersenarai Sebagai Individu Paling Kaya Di Singapura 1

Harga Saham Meningkat Lebih 3,000%, Pengasas Shopee Tersenarai Sebagai Individu Terkaya Di Singapura

Harga saham meningkat lebih 3,000%, pengasas Shopee tersenarai sebagai individu terkaya di Singapura.

Tidak dinafikan, Shopee adalah platform pembelian secara dalam talian yang terbesar digunakan di Malaysia.

Disebabkan populariti platform tersebut, pengasas Shopee, Forrest Li Xiadong tersenarai sebagai individu paling kaya di Singapura dengan nilai kekayaan berjumlah lebih RM82 bilion.

Sejak disenaraikan pada tahun 2017, harga saham syarikat induk Shopee meningkat sehingga 3,000%.

Harga Saham Meningkat Lebih 3,000%, Pengasas Shopee Tersenarai Sebagai Individu Paling Kaya Di Singapura 2
Sumber: Vulcan Post

Li yang juga merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif telah mendahului taikun produk cat Nippon Paint, Goh Cheng Liang yang menduduki kedudukan kedua dengan nilai kekayaan berjumlah RM73.52 bilion.

Dilahirkan di Tianjin, China, Li yang juga pemilik syarikat Sea Group berhijrah ke Singapura tidak lama selepas menerima ijazah dalam bidang kejuruteraan dari Shanghai Jiaotong University dan MBA dari Stanford Graduate School of Business.

Menurut Fortune, kejayaan Li adalah merupakan salah satu contoh bagaimana kekayaan jutawan teknologi meningkat naik di negara Asia.

Di saat pandemik melanda dunia, terdapat 50 hartawan Malaysia yang semakin mencatatkan peningkatan pada nilai kekayaan mereka.

Menurut Forbes Asia, nilai kekayaan 50 hartawan yang berada dalam Senarai Kekayaan Malaysia Forbes 2021 meningkat 14 peratus kepada hampir AS$90 bilion (RM371 bilion) tahun ini.

Lonjakan yang berlaku di tengah-tengah krisis pandemik itu sebahagiannya disumbangkan oleh kedudukan dominan Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan perubatan kepada dunia.

Ketika krisis pandemik melanda tahun 2020, eksport sarung tangan getah Malaysia mencatatkan kenaikan ketara (walaupun berdepan beberapa kontroversi) sebanyak dua kali ganda sekali gus meningkatkan kekayaan pengeluar terbesar dunia.

Lima daripada mereka tersenarai dalam kalangan 50 paling kaya, dengan dua daripadanya iaitu Kuan Kam Hon (No. 7, AS$3.8 bilion) dari Hartalega Holdings dan Lim Wee Chai (No. 8, AS$3.5 bilion) dari Top Glove, berada pada kedudukan 10 terbaik.

Baca lanjut di: 50 Hartawan Malaysia Makin Kaya Di Tengah Pandemik

Tengah mencari barang menarik sempena jualan 9.9 ini? Kami ada senarai yang boleh anda pertimbangkan. Klik DI SINI.