‘Hellbound’ Drama Baru Dengan Tema Kultus Daripada Pengarah ‘Train To Busan’

‘Hellbound’ Drama Baru Akan Datang Di Netflix Dengan Tema Kultus Daripada Pengarah ‘Train To Busan’

Jika sebelum ini kami pernah melaporkan drama kultus dari Korea Selatan, Save Me kembali trending media sosial pada bulan lalu.

Siri lakonan Ok Taec-yeon, Seo Yea-ji, Jo Sung-ha dan Woo Do-hwan ini mengisahkan mengenai keluarga Im Sang-mi yang berpindah dari bandar Seoul ke satu perkampungan selepas perniagaan ayahnya gagal.

Di daerah tersebut, kultus agama yang dikenali sebagai Goseonwon sangat terkenal dengan jumlah pengikut yang ramai.

Namun di sebalik topeng agama, kultus Goseonwon menyamar sebagai sebuah gereja yang luarnya terlihat tenang, tetapi di sebaliknya tersembunyi sisi-sisi gelap yang menjijikkan.

Mereka memperbodohkan pengikut dengan topeng agama. Dan Sang-mi membenci kumpulan kultus itu kerana percaya keadaan ibunya menjadi lebih teruk kerana mereka.

Walaupun Sang-mi berulang kali membantah keterlibatan ahli keluarganya dalam kumpulan itu, tiada apa yang beliau mampu lakukan selepas ibu dan ayahnya dibrainwash mereka.

Baca lanjut di: Berlindung Di Sebalik Topeng Agama, Drama Kultus ‘Save Me’ Kembali Trending

Kali ini, kami ingin berkongsi satu lagi drama baharu dengan tema yang sama, hasil daripada pengarah popular, Yeon Sang-ho yang juga merupakan pengarah filem thriller pecah panggung, Train to Busan.

‘Hellbound’ Drama Baru Dengan Tema Kultus Daripada Pengarah ‘Train To Busan’ Kembali Dengan 1

Hellbound atau tajuk lainnya, The Hell mengisahkan mengenai orang-orang yang mendengar ramalan tentang bila tarikh kematian mereka.

Jung Jin-soo (lakonan Yoo Ah-In) merupakan ketua agama baharu Saejinrihwe yang suka membicarakan mengenai fenomena semasa malaikat maut dari neraka datang dan menyatakan ia adalah wahyu dari Tuhan.

‘Hellbound’ Drama Baru Dengan Tema Kultus Daripada Pengarah ‘Train To Busan’

Dengan personaliti penuh karisma dan misteri, Jin-soo berjaya menarik pengikutnya yang tersendiri.

Manakala Bae Young-jae (lakonan Park Jung-min) adalah seorang pengarah program di stesen televisyen yang sentiasa mahu membongkar kegiatan di sebalik kumpulan yang diketuai Jin-oo.

Watak Min Hey-jin (lakonan Kim Hyun-joo) sebagai peguam pula sentiasa menentang kumpulan Hwasalchok yang dianggotai pengikut kumpulan agama Saejinrihwe.

Diasaskan berdasarkan siri komik web Jiok yang ditulis Yeon Sang-ho dan ilustrasi oleh Choi Kyu-seok, drama kultus ini akan ditayangkan di Netflix namun belum diumumkan bila.

Tonton video acah drama ini di pautan bawah: