Video Pukul Pengawal Keselamatan Kes Bunuh

Video Tular Serang Pengawal Keselamatan, Polis Klasifikasi Semula Kes Sebagai Bunuh

Video Tular Serang Pengawal Keselamatan, Polis Klasifikasi Semula Kes Sebagai Bunuh.

Belakangan ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan diserang seorang lelaki yang bersama kanak-kanak hingga parah di sebuah kondominium yang mana kejadian tersebut berlaku pada Disember tahun lalu.

Video tersebut kembali tular disebabkan pengawal keselamatan itu telah meninggal dunia pada Jumaat lalu dirumahnya.

Dilaporkan, hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).

Ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian adalah disebabkan kejadian pukul itu.

Difahamkam, susulan insiden pada 29 Disember lepas, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes disebut semula pada 9 September ini.

Video Pukul Pengawal Keselamatan Kes Bunuh

Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu.

Polis klasifikasi sebagai kes bunuh pengawal keselamatan

Bagaimanapun, menerusi perkembangan baharu itu, polis merujuk semula kertas siasatan dan kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek.

“Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa meninggal dunia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Video Pukul Pengawal Keselamatan Kes Bunuh

BACA: Tampar Budak, Pengawal Keselamatan MPH Digantung Tugas

Sumber: Awani