Rebel Wilson Kini Bukan Lagi ‘Fat Amy’, Tapi ‘Fit Amy’ 1

Rebel Wilson Kini Bukan Lagi ‘Fat Amy’ Selepas Berjaya Turunkan Berat Hampir 30KG

Impak watak Fat Amy dalam filem muzikal komedi lakonan Rebel Wilson memang diakui sangat besar. Sehinggakan selepas filem berkenaan tamat, Wilson masih dipanggil dengan nama watak tersebut.

Namun Wilson bukan lagi Fat Amy sebaliknya Fit Amy selepas penampilan terbaharunya.

Rebel Wilson
Sumber: hollywood Reporter

Pada akhir 2016, Wilson berkata beliau mahu komited dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat yang mana pada Mei 2020, beliau hilang hampir 14kg dan ia mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.

Rebel Wilson Kini Bukan Lagi ‘Fat Amy’, Tapi ‘Fit Amy’ 3
Sumber: The Sun

Menukar diet kepada diet berprotein tinggi, Wilson mendedahkan selepas berjaya menurunkan berat badannya, perubahan yang paling ketara adalah bagaimana orang lain melayan dirinya.

“Saya fikir, apa yang paling menarik ialah bagaimana orang lain mula melayani anda secara berbeza.

Kadang-kadang, orang tidak akan menoleh dua kali kerana anda bersaiz besar. Dan sekarang saya dalam keadaan yang baik, ada yang menawarkan diri untuk membawa barangan saya ke kereta dan memegang pintu untuk saya.

Saya terfikir, adakah ini yang orang lain rasai selama ini?”

Biarpun saiz dan beratnya sudah berubah, Wilson memberitahu apa yang tidak pernah berubah dalam diri beliau sejak dari dulu ialah tahap keyakinannya.

“Saya suka berfikir yang saya nampak bagus dalam apa jua saiz dan saya yakin. Jadi sekarang saya sangat yakin.”

Terdahulu, ada dakwaan mengatakan Amber Heard dipecat daripada penggambaran filem sekuel komik DC, Aquaman 2.

Sumber memberitahu portal hiburan Australia, Sausage Roll menyatakan Heard digugurkan dalam penggambaran itu kerana gagal melepasi ujian kecergasan seperti yang ditetapkan pihak produksi.

Dikhabarkan keadaan fizikal Heard yang berada di tahap kurang memuaskan dan berat badan bertambah menjadi punca utama dia disingkirkan.

Baca lanjut di: Gemuk Punca Amber Heard Dipecat Dari Aquaman 2?