Saduran Emas Terhakis, Atlet Gimnastik China Persoal Kualiti Pingat Olimpik Tokyo 4

Saduran Emas Terhakis, Atlet Gimnastik China Persoal Kualiti Pingat Olimpik Tokyo

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebelum ini, Datuk Bandar di Jepun menerima kecaman hebat selepas pingat emas milik atlet softball, Miu Goto yang dimenangi di Olimpik Tokyo 2020 kemek digigit beliau dalam satu pertemuan keduanya.

BACA: Datuk Bandar Dikecam Selepas Gigit Pingat Emas Atlet Jepun

Dua hari lalu, dua orang atlet dari China mendakwa saduran pada pingat emas yang dimenangi di Olimpik Tokyo 2020 sudah terhakis.

Saduran Emas Terhakis, Atlet Gimnastik China Persoal Kualiti Pingat Olimpik Tokyo 3
Sumber: SCMP

Memuat naik tiga keping gambar di akaun Weibonya, Zhu Xueying, juara acara gimnastik trampolin dalam kapsyennya bertanyakan sama ada pingat lain turut mengalami masalah yang sama.

Saduran Emas Terhakis, Atlet Gimnastik China Persoal Kualiti Pingat Olimpik Tokyo 1

Memberi respon kepada hantaran Xueying, Jawatankuasa Olimpik Tokyo menjelaskan kepada Global Times bahawa ia mungkin akibat daripada pengelupasan lapisan pelindung dan ia tidak langsung mempengaruhi kualiti pingat.

Saduran Emas Terhakis, Atlet Gimnastik China Persoal Kualiti Pingat Olimpik Tokyo 2
Sumber: SCMP

Wang Shun, atlet yang berjaya mencapai pingat emas dalam acara renang medley 200 meter individu turut mendedahkan bahawa pingat emasnya turut mengalami masalah yang sama.

Dalam satu video yang disiarkan pada Selasa lalu, Xueying menceritakan noda berkenaan ditemui pelatihnya dan mereka cuba untuk mengelapnya, namun ‘kotoran’ berkenaan tidak hilang.

“Saya kemudiannya mencakarnya dengan kuku dan ia menggelupas. Saya membuat hantaran di Weibo untuk melihat sama ada, ada atau tidak atlet lain mengalami masalah yang sama.”

Untuk pengetahuan anda, pingat Olimpik diperbuat daripada alat elektronik kitar semula, salah satu tradisi sejak sedekad lalu.

Di Tokyo, 100% logam dalam pingat telah dikitar semula.

Antara 2017 hingga 2019, rakyat Jepun telah menyumbangkan alat elektronik lama yang mempunyai logam berharga yang diekstrak daripadanya.

Dan sevcara keseluruhan, kerajaan Jepun berjaya mengumpulkan beberapa juta tan peralatan, dan mengambil 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg tembaga dan zink untuk pingat gangsa.