Kenapa Pelekat Bahu Boleh Batalkan Penyertaan Atlet Perenang Paralimpik 2020 3

Kenapa Pelekat Jadi Punca Penyertaan Atlet Renang Malaysia Ini Di Paralimpik 2020 Dibatalkan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kenapa pelekat boleh batalkan penyertaan atlet renang Malaysia di Paralimpik 2020?

Penyertaan atlet perenang negara, Nur Syaiful Zulkafli yang memulakan kempen Sukan Paralimpik 2020  dalam saringan 1 dibatalkan selepas melakukan kesilapan teknikal, iaitu meletakkan pita pelekat di bahagian bahunya yang terdapatnya bisul.

BACA: Kenapa Sukan Papan Selaju Terpilih Dalam Olimpik Berbanding Skuasy?

Situasi berkenaan nyata mengecewakan kerana ia bukan berpunca daripada pihaknya.

Menurut Syaiful, sebelum pertandingan beliau sudah berjumpa dengan pegawai bertugas dan tiada jawapan pasti yang diterima; boleh tanggal atau tampal.

Kenapa Pelekat Bahu Boleh Batalkan Penyertaan Atlet Perenang Paralimpik 2020 2
Sumber: The Star

Malah sehari sebelum pertandingan, soalan sama ditanyakan sekali lagi kepada pegawai petugas sama ada beliau sebagai atlet renang boleh memakai pelekat dan jawapannya tetap sama.

Bila tiada jawapan pasti yang diterima, Syaiful kemudiannya memilih untuk menampal pelekat bagi mengurangkan rasa sakit pada bisul yang sudah pun bernanah.

Untuk pengetahuan anda, Persatuan Renang Antarabangsa (FINA) merupakan pertubuhan organisasi antarabangsa bagi acara sukan renang dan acara berkaitan yang diperakui oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

FINA bertugas dalam menggubal peraturan antarabangsa bagi sukan renang, renang perairan terbuka, terjun, polo air dan renang berirama.

Dalam satu fail PDF peraturan FINA ada menyatakan sebarang pita pada badan tidak dibenarkan melainkan ianya diluluskan oleh Jawatankuasa Perubatan Sukan FINA.

Kenapa Pelekat Bahu Boleh Batalkan Penyertaan Atlet Perenang Paralimpik 2020 1

Menurut Syaiful, beliau mahu menebus kekecewaan apabila turun dalam acara 100m gaya bebas esok (26 Ogos) selain daripada masih mempunyai dua lagi saingan untuk disertai iaitu 50m gaya bebas dan 100m kuak dada.

Tahukah anda, pencak silat bakal ke sukan Olimpik dan sedia untuk didemonstrasi di Olimpik Paris 2024?

Baca lanjut di: Pencak Silat Bakal Ke Sukan Olimpik, Sedia Demonstrasi Di Paris 2024

Sumber: Utusan Malaysia, FINA