page

Bayi Dalam Kulit Album Nirvana Saman Kumpulan Atas Dakwaan Eksploitasi Kanak-Kanak

Bayi album Nirvana saman kumpulan atas dakwaan eksploitasi kanak-kanak.

Album Nevermind yang dikeluarkan kumpulan Nirvana mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik dunia dan menjadi salah satu gambar muzik alternatif yang paling lama bertahan.

Bayi Dalam Kulit Album Nirvana Saman Kumpulan Atas Dakwaan Eksploitasi Kanak-Kanak 2
Sumber: Album Nirvana

Dalam satu perkembangan terbaharu, bayi dalam album Nirvana itu yang kini sudah menginjak dewasa, Spencer Elden mengumumkan beliau akan menyaman kumpulan berkenaan atas dakwaan beliau dieksploitasi secara seksual.

BACA: Vokalis Kumpulan Estranged, Rich Bersedia Jadi Wakil Rakyat Di Sabah

Biarpun beliau ada mengabdikan semula aksi yang sama pada tahun 2016, sempena dengan ulang tahun 25 tahun keluaran album berkenaan.

Bayi Dalam Kulit Album Nirvana Saman Kumpulan Atas Dakwaan Eksploitasi Kanak-Kanak 1
Sumber: New York Post

Namun pada ketika itu, Spencer mengenakan seluar pendek atas permintaan jurugambar John Chapple biarpun beliau mahu tampil tanpa seurat benang.

“Saya pernah terfikir, bagaimana kalau saya tidak okey dengan kemaluan saya ditunjukkan kepada umum. Saya betul-betul tiada pilihan (pada ketika itu).”

Semasa menjadi muka hadapan di album tersebut, Spencer baru sahaja berusia empat bulan dan dibayar dengan kadar upah £154 (+-RM762) oleh rakan bapanya, Kirk Weddle.

Tuntutan itu menamakan anggota kumpulan Nirvana yang masih hidup iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic bersama harta pusaka mendiang Kurt Cobain, syarikat produksi dan Kirk Weddle.

Bayi Dalam Kulit Album Nirvana Saman Kumpulan Atas Dakwaan Eksploitasi Kanak-Kanak 4
Sumber: Nirvana

Spencer meminta ganti rugi daripada kesemua nama yang dinyatakan kerana menghasilkan dan menyebarkan gambar yang menyebabkan beliau selalu terkait dengan eksploitasi seksual komersial sebagai kanak-kanak bawah umur.

“Baik Spencer mahu pun penjaga sahnya, mereka tidak pernah menandatangani perjanjian yang membenarkan penggunaan gambar Spencer dan pastinya ia bukan pronografi kanak-kanak komersial seperti yang digambarkan.”

Untuk pengetahuan anda, Nevermind merupakan album Nirvana yang paling laris jualannya dengan jumlah hampir 30 juta keping di seluruh dunia.

Sumber: ABC News