
Trailer Rasmi Pertama ‘Spider-Man: No Way Home’ Dedah Alam Multiverse
Selepas heboh dikatakan trailer filem Spider-Man: No Way Home kualiti rendah bocor di Internet semalam, Sony Pictures pada hari ini secara rasmi memperlihatkan trailer pertama filem yang dinantikan para peminat MCU.
Menerusi trailer yang dipaparkan, dapat dilihat kemunculan semula watak-watak penjahat dari trilogi filem Spider-Man terdahulu, iaitu Doctor Octopus (lakonan Alfred Molina) dan Green Goblin (lakonan Willem Dafoe).
Turut disaksikan identiti Peter Parker sebagai Spider-Man telah terdedah sehingga perlu bertemu Doctor Strange untuk meminta bantuan agar masyarakat melupakan siapa identiti sebenarnya.
Bagaimanapun, permintaan tersebut akan mengundang kesan buruk akibat penggunaan ancient spell yang dikatakan oleh Doctor Strange.
Juga dilihat penampilan semula pelakon-pelakon seperti Zendaya (watak MJ), Jacob Batalon (watak Ned), Marisa Tomei (watak Aunt May) dan Tony Revolori (sebagai Flash).
Khabar angin seterusnya turut melibatkan kemunculan bekas bintang francais Spider-Man terdahulu seperti Tobey Maguire dan Andrew Garfield, tetapi Holland dan Sony membantah khabar angin tersebut.
Apapun, dapat dilihat bahawa kemunculan penjahat- penjahat yang asalnya daripada francais Spider-Man terdahulu sebagai sebahagian daripada multiverse MCU, tetapi bagaimana jalan cerita mereka disesuaikan dalam filem ini belum diketahui.
Spider-Man: No Way Home dijadualkan untuk tayangan pada 17 Disember 2021.
Trending now



