Pelitup Muka Berganda Dan Face Shield Varian Delta

Bukan Sekadar Pelitup Muka Berganda, Dr Noor Hisham Saran Tambah ‘Face Shield’ Lawan Varian Delta

Guna face shield bersama pelitup muka untuk lindungi 96 peratus daripada jangkitan varian Delta.

Menurut pakar perubatan, pemilihan pelitup muka yang tepat amat penting memandangkan lebih banyak varian mudah berjangkit sedang menular, termasuk varian Delta yang boleh menjangkiti seseorang dalam tempoh 15 saat sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) ketika berada di tempat awam.

Katanya, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini dominan di dalam negara.

“Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat,” katanya.

Pelitup Muka Berganda Dan Face Shield Varian Delta
Sumber: Twitter
Pelitup Muka Berganda Dan Face Shield Varian Delta
Sumber: Twitter

Meskipun sejumlah besar populasi rakyat mereka menerima suntikan vaksin, negara seperti United Kingdom dan Israel tetap mencatatkan lonjakan kes COVID-19 baharu terutama disebabkan kemunculan varian Delta.

Media melaporkan kajian baharu mengenai varian Delta mendapati ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Dr Noor Hisham dipetik berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati varian Delta tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

Kajian baharu pelitup muka pembedahan tidak cukup berkesan

Kajian terbaharu penyelidik dari Universiti Waterlo di Kanada mendapati sebahagian besar pelitup muka pembedahan berwarna biru yang digunakan orang ramai semasa pandemik didakwa tidak cukup berkesan untuk mengelakkan individu daripada jangkitan COVID-19.

Manakala pelitup muka jenis N95 atau KN95 melakukan tugas le­bih baik untuk menghalang titisan air liur atau aerosol daripada mulut pemakainya.

Pelitup muka pembedahan biru diperbuat daripada kain menjadi popular semasa pandemik, namun kajian itu mendakwa bahawa ia 10 peratus berkesan kerana tidak menutupi wajah dengan betul.

“Terdapat perbezaan ketara mengenai keberkesa­nan pelitup muka yang berbeza dalam menahan titisan aerosol,” kata ketua kajian itu, Serhiy Yarusevych yang merupakan seorang profesor bidang kejuruteraan mekanik dan mekatronik.

Pakar kesihatan awam dan ahli epidemiologi seluruh dunia menyatakan bahawa amat penting meneruskan amalan kesihatan awam yang baik, di samping proses vaksinasi.

Mengamalkan norma baharu di samping program vaksinasi mungkin satu-satunya jalan keluar berkesan dalam menghadapi wabak ini.