Menteri Indonesia Ambil Rasuah Bantuan Makanan DIpenjara

Ambil Rasuah Bantuan Makanan Keluarga Miskin, Bekas Menteri Indonesia Dipenjara 12 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bekas Menteri Indonesia Dipenjara 12 Tahun Kerana Rasuah.

Di tengah pandemik, bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia, Juliari Batubara mengambil rasuah bernilai AS$1.2 juta (RM5.1 juta) menerusi pakej bantuan kepada keluarga miskin yang terjejas akibat COVID-19.

Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman penjara susulan penahanannya pada Disember dan siasatan menemui sejumlah wang dalam beg pakaian, beg galas dan sampul surat.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan memerintahkan tertuduh untuk membayar denda 500 juta rupiah (RM146,000) atau enam bulan lagi penjara.

Bekas ahli politik itu juga perlu membayar ganti rugi setara sekitar AS$1 juta (RM4.23 juta) atau tambahan dua tahun penjara, kata mahkamah.

Menteri Indonesia Ambil Rasuah Bantuan Makanan DIpenjara

Mahkamah sebelum ini diberitahu, Batubara mengambil wang dari dua kontraktor yang dilantik membekalkan pakej makanan asas untuk rakyat Indonesia yang terjejas teruk dalam krisis kesihatan Indonesia.

Salah seorang penerima bantuan memberitahu bahawa tidak menyangka di sebalik berkurangan bantuan yang diterima itu adalah disebabkan korupsi pihak atasan. Pada awalnya, mereka hanya curiga wakil pemberi yang bertindak sedemikian.

“Buat apa ambil rasuah sebanyak itu? Sementara rakyat bermatian sebegini.”

“Ketika awal bantuan, keperluan barangan semua mencukupi. Namun lama kelamaan, bantuan diberikan semakin berkurang dan kualiti produk yang diberikan tidak sama seperti dulu.”

Menteri Indonesia Ambil Rasuah Bantuan Makanan DIpenjara

Presiden Indonesia, Joko Widodo berikrar untuk tidak memberi perlindungan kepada pegawai yang mengambil rasuah selepas Juliari diberkas dan menyifatkan wang yang dicuri sebagai ‘wang rakyat’.

Rasuah kekal sebagai masalah besar di Indonesia, yang mana ahli politik di republik itu dilihat antara paling ramai terbabit.

Agensi antirasuah negara itu menahan sejumlah penjawat awam beberapa tahun lalu, termasuk bekas Menteri Perikanan, Edhy Prabowo yang bulan lalu dipenjara selama lima tahun kerana kes rasuah berkaitan eksport udang galah.

Sumber: BBC Indonesia