Tular Gambar Di PPV Bukit Jalil Sesak Dengan Kehadiran Lebih 18,000 Penerima Vaksin Warga Asing 3

Tular Gambar PPV Bukit Jalil Sesak Dengan Kehadiran Lebih 18,000 Penerima Vaksin Warga Asing

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular gambar PPV Bukit Jalil yang sesak dengan kehadiran lebih 18,000 penerima vaksin warga asing.

Semalam, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menetapkan hanya 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan menerima individu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in.

Antara lokasi yang tersenarai ialah:

  1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) HCO F, HCO G, HCO H
  2. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)
  3. Axiata Arena Bukit Jalil
  4. Pusat Konvesyen Ideal (IDCC), Shah Alam
  5. Hotel Wyndham, Klang
  6. Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  7. Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam
  8. Stadium Tertutup Kuala Selangor
  9. Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat
  10. Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak (bermula 25 Ogos)
  11. PPV Galaxy Mall Ampang (bermula 26 Ogos)
  12. Universiti Multimedia, Cyberjaya

Semalam juga tular beberapa keping gambar yang menunjukkan situasi PPV di Axiata Arena Bukit Jalil yang sesak dengan warga asing yang mahu mendapatkan vaksin.

Tular Gambar Di PPV Bukit Jalil Sesak Dengan Kehadiran Lebih 18,000 Penerima Vaksin Warga Asing 2
Sumber: @mkhairulazri
Tular Gambar Di PPV Bukit Jalil Sesak Dengan Kehadiran Lebih 18,000 Penerima Vaksin Warga Asing 1
Sumber: @mkhairulazri

Melihatkan pada keadaan tersebut, anggota RELA telah meminta untuk melakukan penjarakan sosial dengan duduk selang satu kerusi sementara menunggu nombor giliran.

Susulan kejadian semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengawal ketat keadaan di PPV berkenaan sejak awal pagi tadi bagi mengatasi masalah kesesakan.

Hasil pemantauan polis mendapati kehadiran orang ramai pada jam 9.30 pagi tadi sudah menjangkau 18,000 orang sedangkan vaksin hanya untuk 12,000 penerima.

BACA: Sukarelawan Berbahasa Urdu, Bengali Untuk Mudahkan Proses Pendaftaran Di PPV Raih Pujian Netizen

Kawalan dilakukan seawal jam enam pagi berbanding peringkat awal bermula tujuh pagi dengan anggaran 5,000 penerima.

Kekuatan anggota juga ditambah daripada 38 orang kepada 78 orang termasuk tujuh bahagian trafik dengan pengasingan penerima vaksin mengikut jantina di mana warga emas diberi keutamaan.