
TMJ Akan Jumpa 779 Guru Tolak Vaksin COVID-19 Di Johor
Program Vaksinasi Kebangsaan sedang giat dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok bagi melawan pandemik COVID-19. Kepada yang telah lengkap dengan 2 dos suntikan vaksin, pelbagai kelonggaran mula diberikan kepada negeri yang telah mencapai lebih 50% vaksinasi.
Walau bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, terdapat seramai 779 orang guru di negeri Johor telah menolak untuk menerima vaksin COVID-19.
Kerajaan Johor mengambil berat akan isu ini lalu akan memanggil para guru tersebut untuk menjalani proses kaunseling bagi menasihati mereka mengambil vaksin COVID-19.
Hal ini telah sampai ke pangkuan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Baginda dalam ciapan di Twitter memberi respon kepada perkara ini dan akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor serta guru-guru yang terbabit.
Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. https://t.co/gOe15L6RKQ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 22, 2021
Untuk rekod, sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 guru di Johor sudah menerima dos pertama. Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
Kerabat Diraja Johor dilihat amat menitikberatkan proses vaksinasi kepada rakyat Johor sehingga mendapat pujian daripada ramai pihak.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatakan bahawa sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan dilaksanakan bermula pada 3 Oktober. Jika terdapat sebarang perubahan selepas hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), makluman akan dimaklumkan lebih awal.
BACA: Cara ‘Show Off’ Sijil Vaksinasi Di Media Sosial Tanpa Jadi Sasaran Dicuri Anti-Vaksin
Trending now



