
Penjelasan Mengenai Batang Kayu Besar Yang Hanyut Dalam Banjir Kilat Di Yan
Ini penjelasan mengenai batang kayu besar hanyut yang tular dalam banjir di Yan, Kedah.
Cuaca hujan tanpa henti sejak pagi 18 Ogos menyebabkan kawasan di Yan dilanda banjir terburuk dalam sejarah.
Biarpun Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan tiada sebarang aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai susulan daripada ia sudah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan, masih ada yang tidak percaya mengenainya.
Dan walaupun bukti-bukti daripada segi imej udara bahawa memang tiada pembalakan dilakukan di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu, masih ada yang mempertikaikan kejadian tersebut.
BACA: Banjir Terburuk Dalam Sejarah Di Yan, Tiada Pembalakan Di Hutan Simpan Gunung Jerai
Tidak terkecuali gambar sebatang pokok bersaiz agak besar yang sudah dipotong yang hanyut dibawa arus banjir.

Untuk pengetahuan anda, batang pokok berkenaan dipotong bukanlah berpunca daripada pembalakan tetapi adalah untuk memudahkan pergerakan kumpulan penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa.

Anda boleh tonton sendiri penjelasan Mohd Amir Faizal yang merupakan salah seorang anggota yang bertugaskan untuk memotong kayu berkenaan dalam video di bawah mengenai kayu hanyut yang tular dalam banjir di Yan itu:
Mungkin ada yang mempertikaikan mengapa alat pemotong yang digunakan dalam gambar berkenaan kecil.
Menurut Mohd Amir, untuk momotong pokok teknik adalah penting. Dengan menggunakan alat pemotong kecil, beliau bermula dengan potong di satu bahagian dulu dan berpindah ke bahagian satu lagi.
Dalam satu perkongsian di Telegram AstroMet Malaysia, seorang pengguna berkongsi bahawa mungkin disebabkan hujan yang sangat lebat di puncak menyebabkan hulu sungai tidak mampu menampung air dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa.
Lebih memburukkan keadaan sekiranya ada undur yang menghalang arus air seperti batang pokok tumbang, ranting dan apa sahaja yang membentuk empangan sementara yang mana jika ia menerima tekanan yang tinggi akan pecah dan berlakulah luruan air yang sangat deras.
Atau lebih mudah dikenali sebagai kepala air menuju ke bawah. Dan fenomena ini berpotensi terjadi di mana-mana hulu sungai.
Trending now



