
Video Proton Saga Digunakan Sebagai Bom Di Syria Kembali Tular
Beberapa hari lalu, tular satu video yang memperlihatkan Proton Saga digunakan sebagai bom kereta oleh golongan militan dipercayai berlokasi di Syria. Biarpun video Proton Saga yang dijadikan bom kereta berkenaan pertama kali dimuat naik pada September 2013 kembali menjadi tular beberapa hari ini.
Kereta yang sudah dimodifikasi ini dilihat dipandu ke suatu kawasan sebelum diletupkan dengan menggunakan alat kawalan.
Sekadar makluman, model Proton mula dieksport ke Syria sejak tahun 2001 lagi.
Julai tahun lalu, dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 5 Jun, kerajaan telah mengumumkan insentif pengecualian cukai jualan sebanyak 100% ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan sehingga hujung tahun ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.
Susulan itu PROTON mencatatkan peningkatan sebanyak 69.5% dengan jualan 9,623 unit kenderaan pada bulan Jun. Angka ini merupakan angka bulanan kedua tertinggi untuk tahun ini berbanding bulan terdahulu (Mei) dan bulan sama pada tahun lalu (Jun 2019).
Baca lanjut di: Insentif Pengecualian Cukai Lonjak Jualan Kereta PROTON
Antara kisah berkenaan model Proton yang turut menjadi perhatian media sosial tahun lalu adalah penemuan Proton Perdana milik Tun M yang ditemui dalam satu bangunan terbengkalai di UK.
Kereta yang kelihatan masih baru dengan plastik kerusi yang masih belum dibuka menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana kereta Proton Perdana di UK tidak tersenarai dalam kategori ‘kereta mewah’.
Hasil risikan netizen, nombor plat pendaftaran tersebut didapati berasal dari Kuala Lumpur dan didaftarkan sekitar tahun 2016 hingga 2017. Malah ada juga yang melakukan spekulasi bahawa ianya milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baca lanjut di: Proton Perdana Milik Tun M Ditemui Dalam Satu Bangunan Terbengkalai Di UK
Trending now



