Penjara Rahsia China Di Dubai Tahan Uighur

China Didakwa Miliki ‘Penjara Rahsia’ Di Dubai Untuk Tahan Etnik Uighur, Pembangkang

China Didakwa Miliki ‘Penjara Rahsia’ Di Dubai Untuk Tahan Etnik Uighur, Pembangkang.

Seorang wanita warga China mendedahkan dia telah ditahan selama lapan hari di sebuah pusat tahanan rahsia yang dikendalikan negara komunis itu di Dubai bersama dua etnik Uighur.

Menurut laporan AP, pendedahan itu membuktikan China mengendalikan apa yang dinamakan ‘lokasi hitam’ di luar sempadannya.

Wu Huan yang berusia 26 tahun, melarikan diri untuk mengelak diserahkan semula ke China kerana tunangnya dianggap sebagai pembangkang di negara itu.

Wu memberitahu, dia diculik dari sebuah hotel di Dubai dan ditahan oleh pegawai China di sebuah vila yang dijadikan sebagai ‘penjara rahsia’ yang mana dia melihat ada dua lagi tahanan, kedua-dua etnik Uighur.

Dia disoal dan diancam selain dipaksa menandatangani dokumen undang-undang mengenai tunangnya itu. Dia bagaimanapun dibebaskan pada 8 Jun lalu dan sekarang mencari suaka di Belanda.

Penjara Rahsia China Di Dubai Tahan Uighur

Perakuran Wu itu membuktikan Beijing turut ‘mewujudkan’ pusat tahanannya di negara luar selain menggunakan pengaruh antarabangsa untuk menahan atau membawa kembali warganegara yang dianggap sebagai pembangkang, suspek rasuah atau etnik minoriti seperti Uighur.

AP tidak dapat mengesahkan atau menafikan dakwaan Wu memandangkan dia tidak dapat menentukan lokasi sebenar ‘lokasi hitam’ itu.

Namun, wartawan telah melihat dan mendengar bukti yang menyokong, termasuk cap di pasportnya dan rakaman telefon soal siasat seorang pegawai China. Bagaimanapun, dakwaan Wu dinafikan Kementerian Luar Negeri China.

Seorang penolong profesor dari Akademi Sinica Taiwan, Yu-Jie Chen mengatakan dia belum pernah mendengar mengenai penjara rahsia China di Dubai atau fasiliti luar negara seumpama itu.

Namun, dia tidak menafikan China boleh melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyatnya sama ada dengan cara rasmi seperti menandatangani perjanjian ektradisi atau membatalkan visa.

Sumber mengatakan, Dubai memiliki sejarah yang mana etnik Uighur disoal siasat dan dihantar pulang ke China. Malahan, aktivis mengatakan Dubai sendiri telah dikaitkan dengan siasatan rahsia.

Bagaimanapun, tuduhan itu dianggap tidak wajar oleh pihak berkuasa Dubai terutama dalam memberikan ruang kepada sekutu luarnya menjalankan pusat penahanan di negara itu.

BACA: PBB Arah China Tutup Kem Tahanan Uighur Atau Acara Sukan Olimpik 2022 Akan Dibatalkan