pesakit covid-19 ditidurkan

Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pesakit COVID-19 Ditidurkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sering kita dengar apabila seseorang itu mengalami simptom pandemik pada kategori yang agak tinggi, pesakit COVID-19 ditidurkan.

Ada banyak salah faham di mana apabila pesakit ditidurkan, pesakit tersebut akan meninggal dunia. Namun, bukan itu yang sebenarnya.

Kenapakah perlu melakukan perkara sedemikian? Jom kita ikuti penerangan daripada Dr. Mahyuddin di laman Twitter milik beliau.

BACA: Ditidurkan Bukan Pengakhiran Pesakit COVID-19

Tujuan utama pesakit ditidurkan adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka sendiri. Jika mereka tidak ditidurkan, fungsi paru-paru mereka tidak akan mampu bertahan.

Mereka akan mengalami keletihan kerana terpaksa bernafas dengan laju akibat jangkitan kuman yang teruk pada paru-paru pesakit tersebut.

mufid-majnun-Ei46GUcG_y4-unsplash

Jadi, untuk mengelakkan paru-paru mereka menjadi letih, dan mereka berpotensi untuk meninggal akibat keletihan pernafasan. Maka, pesakit tersebut perlu dibantu dengan mesin pernafasan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman YouTube milik Dr. Mahyuddin di bawah.

BACA: Lelaki Dedah Tak Ambil Vaksin, Mahu Bereksperimen Rasai Sakit Dijangkiti COVID-19