Menteri Kesihatan Sri Lanka Galak Guna Sihir

Galak Secara Terbuka Guna Ramuan Sihir Lawan COVID-19, Menteri Kesihatan Sri Lanka Dipecat

Menteri Kesihatan Sri Lanka Dipecat Akibat Galak Guna Ramuan Sihir.

Presiden Sri Lanka melucutkan jawatan menteri kesihatan yang secara terbuka menggalak penggunaan ramuan sihir dan jampi untuk memerangi COVID-19, ketika jumlah jangkitan dan kematian akibat pandemik itu terus melonjak ke tahap tertinggi.

Pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa memberitahu portfolio kesihatan Pavithra Wanniarachchi telah diberikan kepada Menteri Media, Keheliya Rambukwella yang juga jurucakap kerajaan.

Wanniarachchi dirawat di unit rawatan rapi pada Januari lalu selepas dijangkiti virus itu meskipun minum dan meluluskan secara umum air jampi bagi menangani COVID-19 yang dibuat oleh ahli sihir.

Ahli sihir yang mencipta ramuan air jampi yang diperbuat daripada sirap berisi madu dan buah pala mengatakan resipi itu diberikan kepadanya dalam mimpi.

Beliau juga menuangkan sebotol ‘air jampi’ ke dalam sungai pada November selepas seorang lelaki yang mengakui dirinya kiriman tuhan, memberitahunya tindakan tersebut akan menamatkan pandemik di negara kepulauan yang mempunyai 21 juta penduduk itu.

Menteri Kesihatan Sri Lanka Galak Guna Sihir

Walaupun doktor di negara itu menolak dakwaan air jampi berfungsi, namun ribuan orang pergi ke sebuah kampung untuk mendapatkannya.

Kementerian kesihatan Sri Lanka di bawah Wanniarachchi dikritik hebat minggu lalu kerana mengambil ringan jangkitan koronavirus.

Walaupun diturunkan pangkat, beliau akan kekal berada dalam kabinet dengan diberikan jawatan di kementerian pengangkutan yang dianggap kurang penting.

Angka kematian harian akibat COVID-19 mencecah 150 sejak minggu lalu, dengan tempat membakar mayat berdepan kesesakan luar biasa.

Jumlah jangkitan harian melepasi 3,000, dan dengan hospital bergelut untuk menanganinya, pekerja kesihatan pemerintah sendiri berkata jumlah jangkitan sebenarnya mungkin tiga kali ganda lebih tinggi.

Kerajaan setakat ini menolak permintaan untuk melaksanakan langkah penutupan penuh bagi mengekang lonjakan kes, tetapi minggu lalu mengetatkan sekatan.

Sumber: Mediacorp.sg