
‘Salut’ Siput Dengan Garam, Pelajar Kedoktoran Ini Ditahan Atas Dakwaan Kekejaman Haiwan
Seorang pelajar kedoktoran Universiti Politeknik Hong Kong ditahan pihak polis atas dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas beliau menyalut siput dengan garam.
BACA: “Jangan Cuba Buat”, Lelaki Ini Jelaskan Di Sebalik Tutorial Tular Hidupkan Ikan Mati
Beliau yang ditahan dalam pakaian yang sama beliau melakukan jenayah tersebut memberitahu bahawa siput merosakkan ekosistem dan perlu dihapuskan.

Malah semasa diminta untuk berhenti melakukan demikian, beliau tidak mengendahkannya.
Awal Ogos lalu, pihak polis melancarkan siasatan selepas menerima laporan seorang lelaki telah menaburkan garam pada siput liar di kawasan berumput di luar Pusat Lautan Timur Laut di Tsim Sha Tsui.

Pegawai polis daripada kumpulan jenayah haiwan kemudiannya menahan pelajar berkenaan Isnin lalu untuk siasatan lanjut.
Untuk pengetahuan anda, garam akan mengeluarkan kelembapan daripada siput disebabkan kesan osmosis yang dapat membunuhnya dalam beberapa minit akibat daripada penyahhidratan.
Sebelum itu, tahukah anda mengenai pencetus mitos MSG lebih mudarat daripada garam?
Sejak dari kecil kita diberitahu bahawa MSG lebih memudaratkan dan mendatangkan banyak kesan sampingan kepada tubuh seperti mengakibatkan keguguran rambut, dahaga, sakit kepala atau migrain, tekanan darah tinggi dan kanser.
MSG adalah garam natrium asid glutamik yang memberi rasa umami dan digunakan secara efektif sejak sekian lama untuk menonjolkan rasa terbaik masakan.
Apabila MSG ditambah ke dalam masakan, ia memberikan fungsi rasa mirip seperti glutamat yang ada secara semula jadi dalam makanan.
Jumlah garam dalam MSG lebih rendah berbanding sodium biasa iaitu hanya 12 peratus garam dan 78 peratus glutamat manakala garam biasa, kandungan sodium sehingga 40 peratus.
Rasa umami inilah yang dipanggil rasa pembuka selera, ia diambil daripada perkataan Jepun iaitu umai dan mi bermaksud rasa yang menyelerakan.
Umami awalnya ditemui saintis Jepun, Profesor Kikunae Ikeda, pada 1908. Ketika itu, beliau tertanya-tanya apa yang memberi rasa menakjubkan pada sup rumpai laut – Dashi, sebelum melakukan penyelidikan.
Hasilnya, Profesor Ikeda menemui sejenis bahan dalam rumpai laut yang memberikan rasa enak berkenaan. Itulah asid glutamik atau glutamat dalam bentuk hablur seperti garam biasa.
Trending now



