Satelit Malaysia MEASAT-3

Punca Kejadian Masih Misteri, Satelit Milik Malaysia Ini Mungkin Bakal Jatuh Ke Bumi

Selepas lebih sebulan sejak Jun lalu menghadapi masalah tidak berada di lokasi sepatutnya dalam orbit, satelit komunikasi Malaysia akhirnya dilaporkan akan diturunkan dari ruang angkasa lepas, selepas di bersarakan pengendalinya.

Space.com melaporkan satelit MEASAT-3 mulai dikawal dari bumi pada 24 Jun lalu selepas kejadian tidak diketahui tiga hari sebelumnya telah menyebabkan ia dilihat ‘tidak dapat berfungsi’.

Ujian dan pemulihan lanjutan mendapati satelit tersebut tidak lagi dapat memasuki semula sistem perkhidmatan, menurut kenyataan Measat.

Setakat ini, masih tiada butiran diperolehi mengenai rancangan Measat untuk menurunkan satelit tersebut dari ruang angkasa menjadikan ia bakal jatuh ke bumi dan terbakar di ruang atmosfera bumi.

Satelit Malaysia MEASAT-3

Measat juga mengatakan tiada bukti menunjukkan wujud pelanggaran atau risiko pelanggaran dengan objek-objek lain di ruang angkasa ketika menjalani siasatan punca ia tidak berfungsi.

Operator televisyen Astro adalah antara pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat masalah satelit tersebut.

Kira-kira 14,000 pengguna Astro mengalami masalah menonton siaran sekitar 22 Jun lalu. Sebagai penyelesaian sementara, mereka meminta pelanggan untuk teruskan tontonan di aplikasi Astro GO.

Satelit MEASAT-3 dilancarkan ke angkasa lepas sekitar 15 tahun lalu adalah daripada jenis Boeing 601 dan katanya sudahpun mencapai hayat akhir.

Dalam perancangan lain, MEASAT Global Berhad telah pun merangka untuk menghantar satelit baharu, MEASAT-3d seawal 2022.

Ia dikatakan miliki keupayaan yang lebih baik, boleh mengangkut isyarat video 8K dan sambungan Internet sehingga 100Mbps.

Sumber: Malaysia Now