cats

Netizen Kini Sedang Giat Buru Pingat Emas Untuk Malaysia Dalam Acara ‘Olimpik’ Popcat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netizen kini sedang giat buru pingat emas untuk Malaysia dalam acara Olimpik Popcat.

Sejak pagi tadi, media sosial dihiburkan dengan satu permainan klik yang dinamakan sebagai Popcat.

Daripada kedudukan ke-14, Malaysia berjaya menduduki tangga kedua dengan jumlah klik setakat artikel ini ditulis adalah berjumlah lapan bilion.

Berada di bawah Taiwan yang hampir sekali ganda jumlah kliknya, rata-rata netizen Malaysia meletakkan target untuk mencapai pingat emas untuk acara Olimpik Popcat ini.

Netizen Kini Sedang Giat Buru Pingat Emas Dalam Acara 'Olimpik' Popcat Untuk Malaysia

Malah ada yang turut menggelarkan ia sebagai Catlympics, sambungan kepada Olimpik Tokyo 2020 yang secara rasminya sudah pun melabuhkan tirai pada 8 Ogos lalu.

BACA: Siapa 2 Wanita India Yang Sering Dijadikan ‘Meme’ Untuk Hiburan Rakyat Malaysia Ini?

Untuk pengetahuan anda, Popcat.click merupakan permainan klik yang dihasilkan oleh peminat meme Josh, Ed dan Freddy sudah wujud sejak April lagi.

Paparan antara muka yang ringkas ini memudahkan pengguna untuk menyertai acara ini.

Untuk turut serta menyertai, anda hanya perlu klik pada imej kucing yang dikenali sebaga Oatmeal. Di mana setiap kali anda klik, Oatmeal akan membuka mulut dan anda akan diberikan mata.

Netizen Kini Sedang Giat Buru Pingat Emas Dalam Acara 'Olimpik' Popcat Untuk Malaysia

Tiada syarat atau peraturan yang dikenakan, semua rakyat Malaysia boleh menyertai dengan hanya klik pada pautan ini: https://popcat.click/

Biarpun ada yang melihat permainan ini sebagai sesuatu yang membuang masa, namun sekurangnya ia menghiburkan di saat semua sedang tertekan dengan wabak pandemik yang melanda dunia.

Terdahulu, tahukah anda pingat Olimpik diperbuat daripada alat elektronik kitar semula?

Di Tokyo, 100% logam dalam pingat telah dikitar semula.

Antara 2017 hingga 2019, rakyat Jepun telah menyumbangkan alat elektronik lama yang mempunyai logam berharga yang diekstrak daripadanya.

Dan secara keseluruhan, kerajaan Jepun berjaya mengumpulkan beberapa juta tan peralatan, dan mengambil 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg tembaga dan zink untuk pingat gangsa.

Baca lanjut: Diperbuat Daripada Alat Elektronik Kitar Semula, Ini Harga Sebenar Pingat Olimpik 2020