covid

Baru Berbalas WhatsApp Dalam Beberapa Jam, Abang Tewas Melawan COVID-19

Bahana COVID-19 yang sedang melanda negara kita bagaikan tiada akhir, bahkan ia semakin mengganas. Satu demi satu nyawa sebahagian daripada kita tewas dengan pantas.

Begitulah juga dengan perkongsian seorang pengguna Twitter, dengan panggilan Cikgu yang baru sahaja kehilangan abang kandungnya akibat wabak merbahaya ini. Yang menyedihkan adalah arwah abang beliau sempat merakamkan perbualan melalui WhatsApp bagi menghantar pesanan terakhir kepada adiknya.

Ikuti perkongsian di bawah.

“Abangku tewas melawan COVID-19”

Melalui perbualan WhatsApp, adiknya masih mengharap abangnya mampu melawan wabak penyakit ini, maka beliau seakan menafikan apa yang abangnya cuba sampaikan.

Maka, diselubungi penuh rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hajat abangnya untuk merasa air bergas, pemilik akaun Twitter ini terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya telah pergi meninggalkannya.

Namun, janganlah disalah anggap mengapa adik menolak permintaan abangnya. Abangnya didapati memiliki pelbagai penyakit dan di antaranya adalah masalah obesiti. Mungkin kerana fikirkan akan tahap kesihatan abang, adiknya terpaksa menolak permintaan abang yang inginkan minuman manis berlebihan.

Apa yang menarik perhatian, seumur hidup tidak pernah ucapan sayang diungkapkan antara mereka. Namun, pada kali ini, abang dengan luhur mengucapkan sayang kepada adiknya buat kali terakhir.

Apa pun yang terjadi, semuanya telah tertulis oleh takdir. InsyaAllah segala urusan keluarga ini dapat dipermudahkan.

E8jXP7uVcAAajEs

Ketahuilah, bahawa nyawa kita ataupun orang yang tersayang boleh ditarik bila-bila masa sahaja. Cuba luangkan masa untuk bersama ahli keluarga kalau tidak banyak pun, sedikit pun sudah mencukupi supaya kita tidak menyesal kemudian hari.

Untuk anda mengenal pasti sama ada mempunyai simptom mengalami jangkitan COVID-19 atau tidak, anda digalakkan untuk memiliki oximeter bagi mengukur tahap kandungan oksigen dalam badan. Selebriti seperti Yuna juga turut mengesyorkannya seperti di dalam artikel ini.