Cara Penggunaan Serta Bezakan Pulse Oximeter

Cara Guna Pulse Oximeter Dengan Betul Serta Bagaimana Untuk Bezakan Original Dan ‘Fake’

Cara Guna Pulse Oximeter Dengan Betul Serta Bagaimana Untuk Bezakan Original Dan ‘Fake’

Pesakit COVID-19 kategori satu dan dua dengan gejala ringan yang menjalani kuarantin di rumah perlu sentiasa memantau kadar oksigen dalam darah mereka menggunakan pulse oximeter bagi membolehkan mereka mengesan lebih awal komplikasi happy hipoxia.

BACA: Yuna Syorkan Oximeter Selepas Ahli Keluarga Meninggal Akibat COVID-19

Pulse oximeter iaitu alat pengukur kadar oksigen kini menjadi alatan penting yang perlu ada di rumah bagi mereka yang positif COVID-19 tetapi tidak bergejala dan tidak berisiko tinggi yang perlu kuarantin kendiri.

Justeru, penting untuk masyarakat mengetahui cara penggunaan pulse oximeter dengan betul bagi mengelakkan bacaan yang tidak tepat.

Cara Penggunaan Serta Bezakan Pulse Oximeter

Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebooknya, pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Misalnya, lakukan tiga kali sehari mengikut waktu makan dan boleh buat pengukuran tambahan jika merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Berikut merupakan cara penggunaan pulse oximeter dengan betul:

1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.

2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran

3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.

4. Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.

5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.

6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.

“Pastikan setiap pengukuran perlulah dilakukan dengan berhati-hati. Dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95 peratus,” katanya.

Pulse oximeter boleh dibeli di mana-mana farmasi atau secara pembelian dalam talian. Namun, disebabkan alatan ini bagaikan ‘pisang goreng’ buat masa ini, ada penjual tidak bertanggungjawab yang menjual fake pulse oximeter.

Cara Penggunaan Serta Bezakan Pulse Oximeter
Sumber: PDI Perjuangan

Ada pelbagai pulse oximeter yang diluluskan MDA dan KKM. Ini merupakan antara senarai pulse oximeter yang boleh anda lihat.

1. Oxitech Finger Pulse Oximeter, RM99
Pautan Shopee: https://invol.co/cl5iwbb

2. MD300C2, RM168.90
Pautan Shopee: https://invol.co/cl5iwew

3. Medisana Pulse Oximeter PM100, RM119.90
Pautan Shopee: https://invol.co/cl5iwgd