Kecewa SOP PPV

Elak PPV Bersesak Lagi, Cikgu Ini Turun Padang Buat Sendiri Kerja Pematuhan SOP

Elak PPV Bersesak Lagi, Cikgu Ini Turun Padang Buat Sendiri Kerja Pematuhan SOP.

Tular semalam satu video memaparkan ratusan warga asing berpusu-pusu untuk mendapatkan suntikan vaksin secara walk in di Rumah Prihatin @ Grand Seasons dan didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Lebih menakutkan, kumpulan warga asing itu bukan sahaja dilihat gagal menjaga penjarakan sosial ditetapkan, malah ada di antara mereka dilihat seakan-akan ‘berpeluk’ berikutan berada terlalu dekat.

Video tersebut turut mencetuskan kemarahan orang ramai mengenai pemantauan pihak berkuasa memandangkan pemberian vaksin kini boleh dilakukan secara walk in.

Kejadian terbabit kemudiannya dilaporkan telah diambil tindakan segera polis untuk mengawal keadaan orang ramai yang hadir di situ.

Kecewa melihat SOP yang tidak teratur, sekumpulan tenaga pengajar Pusat Tuisyen Math Clinic Plus yang diketuai oleh Sir Shakib bertindak melakukan sendiri penanda penjarakan sosial di luar kawasan Pusat Pemberian Vaksin terbabit pada malam tadi.

Kecewa SOP PPV

Menerusi Instagram mcplus.my, kumpulan tenaga pengajar ini melakukan inisiatif sendiri membantu kerja-kerja berkaitan pematuhan SOP untuk memastikan orang awam yang hadir di PPV berkenaan selepas ini dapat melakukan penjarakan sosial.

Kecewa SOP PPV

Difahamkan, segala kelengkapan yang dibuat di situ seperti kon keselamatan dan pita pelekat adalah daripada pembelian mereka sendiri.

Tindakan pantas kumpulan tenaga pengajar berkenaan mendapat perhatian netizen, rata-ratanya memuji kecekapan dan usaha mereka untuk memudahkan urusan orang ramai yang bakal hadir di PPV berkenaan.

Bagaimanapun, perkara sebegini turut memberi kekecewaan kepada rakyat oleh pihak atasan yang sepatutnya lebih cepat bertindak.

Rumah Prihatin @ Grand Seasons tampil beri penjelasan

Pihak Rumah Prihatin @ Grand Seasons menjelaskan bahawa kesesakan orang ramai semalam berpunca daripada salah faham dan berita kononnya premis terbabit menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara.

Pihaknya mengatakan, mereka tidak menyediakan perkhidmatan walk-in vaksin untuk bukan warganegara kerana ia telah dilaksanakan di PPV Bukit Jalil.

Program vaksinasi di situ dibawah Program Vaksinasi [email protected] yang hanya menerima vaksinasi tanpa janji temu untuk warganegara Malaysia bagi golongan warga emas, kurang upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan.

BACA: “Situasi Paling Buruk Dalam Sejarah CAC” – Beribu Yang Positif Bersesak Di Stadium Malawati