Individu Anti-Vaksin Cuba ‘Eja’ Petugas Tipu Sijil Vaksin Di MySejahtera 4

Individu Anti-Vaksin Cuba ‘Ejas’ Petugas Tipu Sijil Vaksinasi Di MySejahtera

Ada yang sudah cuba melakukan cubaan tipu untuk meng’ejas’ sijil digital vaksinasi di MySejahtera.

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kelonggaran untuk penerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 bermula 10 Ogos lalu nyata melegakan rakyat Malaysia.

BACA: Lantang Kutuk Vaksin Di Media Sosial, Lelaki Ini Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Biarpun ia hanya terpakai pada negeri yang berada di Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), antara kelonggaran yang diberikan ialah kebenaran untuk merentas negeri atau daerah bagi pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang mahu bertemu anak di bawah umur 18 tahun dan aktiviti solat di masjid dan surau yang mana terpakai bagi rumah ibadah bukan Islam.

Kesan Sampingan Vaksin Malaysia
Sumber: FMT

Melihatkan pada kelonggaran yang diberikan, ada pihak terutamanya anti-vaksin yang sudah mula memikirkan pelbagai rencana untuk menikmati kelonggaran yang sama namun tetap berdegil enggan mengikut syarat yang ditetapkan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan Myvac, Nor Azlin Alink yang menjaga kaunter MySejahtera.

Individu Anti-Vaksin Cuba ‘Eja’ Petugas Tipu Sijil Vaksin Di MySejahtera 3
Sumber: Bernama

Beliau dihubungi seseorang yang memintanya untuk tipu dan meng’ejas’ supaya beliau mendapatkan sijil digital vaksinasi di MySejahtera biarpun beliau tidak divaksin.

Biarpun beliau menolak dengan baik permintaan yang disifatkan sebagai sangat mementingkan diri ini, individu berkenaan terus memujuk untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

Individu Anti-Vaksin Cuba ‘Eja’ Petugas Tipu Sijil Vaksin Di MySejahtera 2
Sumber: Facebook Nor Azlin Alink
Individu Anti-Vaksin Cuba ‘Eja’ Petugas Tipu Sijil Vaksin Di MySejahtera 1
Sumber: Facebook Nor Azlin Alink

“Tuan hanya pentingkan diri sendiri Tapi tuan tak pikir pun pasal orang lain. Tuan tak fikir ke apa akan jadi pada masa akan datang?

Kalau lepas ni tuan dijangkiti covid tahap kronik dan disahkan mati. Bila di check rupa-rupanya tuan dah di vaksin dua dos. Saya bukan nak doakan tuan mati kena covid. Tapi apa yang tuan buat ni salah, dan boleh menimbulkan permasalahan di kemudian hari.

Semua orang yang dah di vaksin dua dos akan takut dan akan jadi huru hara. Tuan ada fikir?

Tuan bayangkan! Tuan ada sijil MySejahtera tapi tuan belum disuntik vaksin. Tuan DIBENARKAN masuk ke restoran, rentas daerah, negeri dan sebagainya.

Bayangkan tuan penyebar virus delta dan waktu itu tuan di tempat awam yang ada dikalangan mereka yang mempunyai anak kecil di rumah. Dan virus itu tersebar luas akibat tuan yang berpura pura telah divaksin. Tuan tak risau ke tuan jadi manusia yang mampu menyebarkan virus ni pd orang lain.

Tuan tak fikir ke semua tu? Tuan tak ada belas kasihan dalam diri?”