
Anak Malaysia Cipta Sejarah Dilantik Sebagai Pengajar Robotik TESLA
Seorang anak Malaysia, Fakhirah Khairuddin mencipta sejarah apabila dilantik sebagai pengajar robotik di syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka dunia milik jutawan Elon Musk, Tesla.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan di Facebook Richard Ker, Fakhirah merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab yang kemudiannya mengikuti bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego dengan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebelum ke pringkat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan tajaan universiti.
Umum mengetahui, untuk memasuki syarikat Tesla bukanlah sesuatu yang mudah. Namun dengan berbekalkan pengalaman lepasnya, Fakhirah diterima sebagai pengajar robotik di sana bermula Julai lalu.
Antaranya kejayaan anak Malaysia yang bekerja di Tesla ini ialah beliau pernah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi di University of California yang mana beliau juga merupakan penulis kod Matlab bagi mengkaji konduksi haba enjin roket selain daripada pernah menjadi ketua pasukan dan menerajui penyelidikan serta pengembangan Projek Hexacopter bersama University of California.

Di Amerika Syarikat, Tesla merupakan syarikat pertama yang paling menarik untuk para pelajar memulakan kerjaya.
Terdahulu, resume pengasas bersama Tesla Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk menjadi trend selepas banyak digunakan sebagai rujukan dan panduan pencari kerja di seluruh dunia.
Tapi bagaimana kejayaan demi kejayaan yang beliau berjaya kecapi sehingga tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya dunia ini boleh dimuatkan hanya dalam satu halaman resume sahaja?
Biarpun hanya satu halaman, resume Elon Musk yang dihasilkan oleh pihak Novoresume dengan konsep less is more ini boleh dijadikan contoh untuk pencari kerja atas beberapa sebab utama antaranya lengkap dengan maklumat yang diperlukan majikan dan mudah untuk dibaca – bentuk infografik.
Kalau pencapaian Elon Musk yang terlampau banyak pun boleh dimuatkan dalam resume satu halaman, tak akan pula anda tak mampu?
Trending now



