Shuib Siti Sarah 2

Berkali-Kali Toleh Ke Pusara Arwah Isteri, Netizen Turut Sebak Tonton Gelagat Shuib

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berkali-kali toleh ke pusara arwah isteri, netizen turut sebak tonton gelagat Shuib.

Selepas tiga hari ditidurkan, penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah Raissuddin, 36 tahun akhirnya kembali bertemu Pencipta abadi pada jam 5.13 pagi tadi.

Sarah yang baru melahirkan anak keempatnya hasil perkongsian hidup dengan pelawak dan usahawan, Shahmira Muhamad atau Shuib menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia akibat jangkitan COVID-19.

Berkali-Kali Toleh Ke Pusara Arwah Isteri, Netizen Turut Sebak Tonton Gelagat Shuib 4

Meninggalkan empat orang anak, Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, Ariq Matin, 6 tahun dan Ayash Affan, empat hari, pemergian Sarah turut dirasai rakyat Malaysia yang lain biarpun personaliti ini tidaklah dikenali secara rapat, melainkan hanya menerusi media sosial dan kaca televisyen sahaja.

BACA: Varian COVID-19 Dari India 3 Kali Ganda Lebih Cepat Merebak Berbanding Yang Lain

Jika kita yang tidak mengenali arwah secara dekat pun boleh terasa kehilangan, pasti beban rindu yang ditanggung suami, anak-anak dan keluarga lebih berat.

Lihat sahajalah perkongsian netizen mengenai keadaan Shuib semasa arwah selesai dikebumikan.

Berkali-Kali Toleh Ke Pusara Arwah Isteri, Netizen Turut Sebak Tonton Gelagat Shuib 2
Sumber: Malaysia Gazette
Berkali-Kali Toleh Ke Pusara Arwah Isteri, Netizen Turut Sebak Tonton Gelagat Shuib 3
Sumber: Malaysia Gazette

Shuib dilihat berkali-kali menoleh ke arah pusara arwah isteri yang dicintainya.

@syazleen.ismail

This is so heartbreaking. This is love ❤️ Semoga bersatu kembali di syurga Allah. 😔 #sitisarahraisuddin #shuibsepahtu #cinta #Alfatihah

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Siapa yang tidak sebak.

Arwah Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak di tanah perkuburan sama di mana arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Proses pengebumian dikendalikan Shuib yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) bersama petugas lain serta adik bongsu arwah, Ahmad Yazeed Raissuddin.

Berkali-Kali Toleh Ke Pusara Arwah Isteri, Netizen Turut Sebak Tonton Gelagat Shuib 1
Sumber: Malaysia Gazette

Pada 27 Julai lalu, arwah Sarah menerusi Instagramnya mengesahkan bahawa diri dan keluarganya positif COVID-19 selepas pembantu rumah mereka disahkan positif.

Selepas 14 hari melakukan kuarantin kendiri, Shuib dan anak-anak disahkan negatif namun Sarah yang pada ketika itu sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk, sesak nafas dan taraf oksigen dalam badannya tidak berapa stabil.

Semoga roh Sarah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Salam takziah kami ucapkan buat ahli keluarga arwah. Semoga tetap tabah menjalani kehidupan di hari mendatang.