
Cubaan Scammer Jual ‘Sikat Gigi Elektrik’ Buat Netizen Geli Hati
Cubaan scammer sikat gigi elektrik buat netizen geli hati dengan terjemahan Google Translatenya.
Isu penipuan pembelian barang secara dalam talian bukanlah satu isu yang baru.
Menggunakan kaedah pembayaran semasa barang diterima atau cash on delivery (COD), ramai sudah rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada taktik ini.
BACA: Elak Jadi Mangsa, Ini Cara Lebih Mudah Kenal Pasti Akaun ‘Scammer’ Melalui Aplikasi Semak Mule
Barang diterima, namun pembeli hanya boleh membuka bungkusan selepas bayaran tunai dibuat kepada penghantar bungkusan.
Disebabkan inilah ramai yang sudah terkena.
Namun baru-baru ini, scammer yang menggunakan akaun Rubbie Jean Noquillo membuatkan netizen geli hati kerana menggunakan copywriting yang jelas hanya diterjemahkan dengan menggunakan Google Translate.
Menawarkan empat pilihan pembelian iaitu:
- Single: 1 unit – RM69
- Combo Couple: 2 unit – RM109
- Combo Family: 3 unit – RM139
- Combo Happy Family: 4 unit – rm169
Dengan terjemahan tidak konsisten, ruangan komen scammer ini hanya dipenuhi dengan komen-komen daripada akaun rakan scammer lain selain daripada komen-komen netizen Malaysia.
Biarpun memang ada yang memanggil berus gigi dengan panggilan sikat gigi seperti di Indonesia. Namun di Malaysia, berus gigi dipanggil berus gigi.
Semoga anda lebih berhati-hati untuk melakukan pembelian terutamanya jika menerusi platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Jika anda menerima bungkusan yang mencurigakan, jangan terus membayar. Sebaliknya tolak penerimaan dengan memilih pilihan ‘tidak melakkan pembelian’ atau pun ‘membatalkan pesanan di SMS yang diterima.

Tahukah anda, ada scammer yang pernah tersenarai dalam 400 orang terkaya di Amerika Syarikat?
Beliau ialah Elizabeth Holmes (1984) yang menjalankan perniagaan start-up, Theranos yang menawarkan perkhidmatan diagnosis kesihatan fizikal dan mental dengan hanya menggunakan setitik darah.
Bercita-cita mahu menjadi jutawan sejak kecil, impian Elizabeth akhirnya berjaya dicapai ketika berusia 31 tahun sehingga tersenarai sebagai jutawan wanita termuda dan paling kaya oleh Forbes.
Menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Standord, Elizabeth mempunyai minat terhadap bidang bioteknologi dan mendapat idea untuk menghasilkan satu perkhidmatan atau alat yang boleh mendiagnosis penyakit. Beliau kemudiannya memfailkan permohonan untuk mempatenkan ideanya dan berhenti daripada meneruskan pengajian dengan menubuhkan syarikat Theranos.
Produk yang dipanggil sebagai patch tersebut digelar ajaib kerana boleh mengesan penyakit dalam tempoh masa yang pendek – pesakit tidak perlu membuang masa di hospital dan makmal. Patch ajaib tersebut kemudiannya dinaik taraf menjadi satu peranti mudah alih yang hanya memerlukan setitis darah daripada pesakit untuk diagnosis penyakit.
Baca lanjut penipuan Elizabeth di: ‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat
Trending now



