Atlet Bola Tampar Jepun Ini Tular Selepas Taktiknya Hampir Sama Seperti Anime ‘Haikyu!!’ 3

Atlet Bola Tampar Jepun Ini Tular Selepas Taktik Permainannya Hampir Sama Seperti Anime ‘Haikyu!!’

Atlet bola tampar lelaki Jepun, Ran Takahashi, 19 tahun menjadi sensasi di media sosial selepas beraksi di acara Olimpik Tokyo 2020.

Bukan sahaja disebabkan rupa parasnya yang dikatakan iras seperti watak Rangga dalam filem romantik Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta lakonan Dian Sastrowardoyo, namun kerana bakatnya yang luar biasa.

Atlet Bola Tampar Jepun Ini Tular Selepas Taktiknya Hampir Sama Seperti Anime ‘Haikyu!!’ 1

Aksi atlet bola tampar Jepun, Ran semasa menentang Kanada pada 26 Julai lalu menjadi trending apabila para peminat anime Jepun, Haikyu!! melihat ia memiliki persamaan dengan aksi watak Atsumu dan Osamu Miya pada musim keempat.

Atlet Bola Tampar Jepun Ini Tular Selepas Taktiknya Hampir Sama Seperti Anime ‘Haikyu!!’ 2

Atlet Bola Tampar Jepun Ini Tular Selepas Taktiknya Hampir Sama Seperti Anime ‘Haikyu!!’

Walaupun datang ke Olimpik dengan gelaran rookie, aksi Ran yang berjaya mengelirukan pihak lawan mengujakan semua yang berada di sana termasuklah pasukannya sendiri.

https://twitter.com/hahaparangtanga/status/1420227633061634052?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1420227633061634052%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.insider.com%2Fjapans-olympic-mens-volleyball-rookie-viral-twitter-anime-style-moves-2021-8

Anime vs kehidupan sebenar

https://www.youtube.com/watch?v=4O8yp6J-omo&t=58s

Namun Ran tidak lagi dapat beraksi dengan lebih susulan daripada kekalahan Jepun menentang Brazil pada 3 Ogos lalu.

Terdahulu, skuad gimnas Jerman telah memecahkan tradisi dengan memakai sut penuh di Olimpik sebagai tanda menentang seksualiti.

Pasukan dibarisi Sarah Voss, Pauline Schaefer-Betz, Elisabeth Seitz dan Kim Bui, membuka tirai Olimpik mereka dengan memakai unitard berwarna merah dan putih, yang menutup lengan dan kaki sehingga ke buku lali.

Ia sekali gus membuktikan atlet wanita boleh memakai apa saja mengikut pilihan mereka. Persekutuan Gimnastik Jerman (DTB) April lalu menyifatkan ia sebagai langkah ‘menentang seksualiti dalam gimnastik’.

Sejak 1970-an, gimnas wanita sering mengenakan pakaian leotard, namun skuad Jerman ini membuat keputusan untuk memecah tradisi tersebut.

Bagi wanita, pakaian standard untuk pertandingan adalah leotard, dan baju tanpa lengan dibenarkan.

Ini bukanlah penampilan pertama kali skuad gimnas wanita Jerman mengenakan sut penuh. Sebelum ini, mereka memakai seragam sama ketika kejohanan Eropah pada April dan tindakan itu mendapat sokongan padu gimnas wanita lain.

Baca lanjut di: Skuad Gimnas Jerman Pecah Tradisi, Pakai Sut Penuh Di Olimpik Sebagai Tentangan Seksualiti