Fakta Azizulhasni Olimpik Tokyo

Demi Memburu Pingat, Ini 7 Fakta Datuk Azizulhasni Awang Untuk Persediaan Olimpik Tokyo

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Fakta Datuk Azizulhasni Awang Untuk Persediaan Olimpik Tokyo.

Selepas tamatnya acara badminton yang menghadiahkan negara pingat gangsa menerusi beregu lelaki, kini tumpuan dituju oleh penerjun dan basikal trek negara.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengatakan bahawa betapa dirinya tidak gentar dan bimbang meskipun fizikalnya mungkin lebih kecil berbanding pelumba lain pada temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo ketika ini.

Rakyat Malaysia yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan The Pocket Rocketman dan rakan sepelatih, Shah Firdaus, ini beberapa fakta dalam persediaan mereka untuk perlumbaan acara pecut dan keirin dalam temasya terbesar di dunia ini.

Fakta Azizlhasni Olimpik Tokyo

1. Dalam saingan Olimpik kali ini, mereka menggunakan basikal model WX-R Vorteq. Ia merupakan basikal yang dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta.

2. Kos sebuah basikal dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk R&D menerusi pelaburan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd.

Fakta Azizlhasni Olimpik Tokyo

3. Demi memfokuskan acara pecut, Azizulhasni mencukur kesemua bulu badannya bagi mengurangkan rintangan angin.

4. Azizulhasni menambah berat badannya sekitar 10 kilogram – bagi menyamai berat ketika beliau merangkul dua pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia Berlin tahun lalu terutama jisim otot di bahagian bawah sebagai usaha bagi meningkatkan kekuatan fizikal untuk acara pecut.

5. Pakaian lumba berjenama Vorteq adalah pakaian berteknologi tinggi dihasilkan daripada bahan terpilih dari lebih 40,000 kombinasi bahan.

6. Pakaian direka khas mengikut saiz fizikal dan fisiologi atlet supaya dapat membantu atlet mengekalkan posisi ketika berlumba sekali gus dapat meminimumkan rintangan daya seret.

7. Bahan yang dipilih dalam penghasilan pakaian lumba itu juga telah melalui ujian terowong angin.

Sumber: Awani, SH, BH