page

Hanya Terima 3 ‘Keping’ Kulit Ayam, Lelaki Ini Kecewa Dengan Set Jimat Snek KFC

KFC Malaysia sudah ada menu kulit ayam?!

Kulit ayam memiliki peminatnya yang tersendiri. Tambah-tambah lagi jika dimakan ketika masih panas.

BACA: Lebih 750 Cawangan Ditutup, Ini Kisah KFC Yang Berdepan Kemarahan Pelanggan Hanya Kerana Kekurangan Stok

Rangup amat!

Selepas sekian lama penggemar KFC menyaksikan KFC lain di luar negara menyediakan menu kulit ayam, hari ini peminat kulit ayam mampu menarik nafas lega apabila KFC Malaysia turut menyediakan menu yang sama.

Hanya Terima 3 ‘Keping’ Kulit Ayam, Lelaki Ini Kecewa Dengan Set Jimat Snek KFC 2

Dengan pembelian Snek Jimat bermula jam dua sehingga lima petang, anda boleh menikmati kombo kulit ayam dengan harga semurah RM7.99.

Tetapi, nampaknya ada yang tidak berpuas hati apabila keterujaan mereka menanti menu ini tidak mencapai tahap kepuasan yang sepatutnya.

Seperti lelaki ini, Amir Syukri yang teruja mahu mencuba menu ini namun kulit ayam yang beliau terima hanyalah berjumlah tiga ‘keping’ sahaja.

Hanya Terima 3 ‘Keping’ Kulit Ayam, Lelaki Ini Kecewa Dengan Set Jimat Snek KFC 1

Hanya Terima 3 ‘Keping’ Kulit Ayam, Lelaki Ini Kecewa Dengan Set Jimat Snek KFC 3
Sumber: FB Amir Syukri

Di ruangan komen Facebook KL Foodie, beberapa pelanggan juga menyatakan mengalami masalah yang sama – kuantiti yang diterima tidak seperti yang di dalam gambar iklan.

WhatsApp Image 2021-08-03 at 18.18.07
Sumber: FB KL Foodie

 

WhatsApp Image 2021-08-03 at 18.18.06
Sumber: FB KL Foodie
WhatsApp Image 2021-08-03 at 18.18.06 (1)
Sumber: FB KL Foodie
WhatsApp Image 2021-08-03 at 18.18.05
Sumber: FB KL Foodie

Bagaimana dengan anda?

Jika sudah mencuba, adakah anda berpuas hati dengan menu yang anda terima?

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pernah melarang penggunaan kenyataan iklan yang keterlaluan sekiranya produk atau servis yang ditawarkan tidak seperti yang diiklankan.

117234958_1224236387919221_4364861112940684316_n-740×740
Sumber: KPDNHEP

Antara contoh yang disebut ialah iklan makanan burger yang tidak sama ketika dibeli.

Burger yang digambarkan di dalam iklan mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar dengan daging yang tebal sedangkan burger yang dijual dan diterima pelanggan bersaiz kecil dan nipis.

Sekiranya didapati berlakunya ketidaktepatan dalam penyataan iklan, KPDNHEP boleh mengambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.