Yusra Mardini Daripada Kem Pelarian Ke Sukan Olimpik

Yusra Mardini: Dari Kem Pelarian Ke Arena Olimpik

Kisah perenang Yusra Mardini antara kisah inspirasi yang menjadi bualan hangat sepanjang sukan Olimpik berlangsung.

BACA: Dihina Di Negara Asal, Atlet Berbasikal Masomah Ali Zada Buktikan Jadi Pelarian Mampu Ke Olimpik

Membesar di Darayya, wanita berusia 23 tahun ini pernah mewakli Syria dalam Kejuaraan Renang Dunia pada tahun 2012.

Yusra Mardini Daripada Kem Pelarian Ke Sukan Olimpik 2
Sumber: @yusramardini

Namun dalam Perang Saudara Syria, rumah beliau musnah dibom.

Pada ketika itu, Yusra dan adiknya, Sara membuat keputusan untuk melarikan diri dari Syria pada Ogos 2015.

Mereka tiba di Lubnan dan kemudiannya Turki sebelum diaturkan untuk diseludup ke Greece dengan menggunakan bot bersama 18 orang lagi pendatang lain biarpun kapasiti muatan bot cuma enam hingga tujuh orang maksimum.

Di tengah laut, perjalanan bot yang sepatutnya 45 minit terhenti di tengah laut disebabkan masalah enjin.

Mahu segera sampai ke destinasi pelabuhan, Yusra dan Sarah bersama tiga lagi penumpang lain memilih untuk menolak bot tersebut selama berjam-jam.

Perjalanannya kemudiannya diteruskan. Menuju destinasi terakhir, Jerman, beliau perlu melalui tujuh buah negara lagi yang mana ia dicapai dengan berjalan kaki, bas dan juga diseludup.

Kurang dari setahun kemudian, Yusra bertanding dalam Olimpik Rio 2016 dalam pasukan pelarian dan perjalanan kariernya diteruskan sehinggalah berjaya ke Olimpik Tokyo 2020.

Turut memulakan kem berenang untuk anak-anak pelarian lain, kisahnya juga dikongsikan dalam buku bertajuk Butterfly dan biopik.

Rio Olympics – Swimming
Sumber: Time.com

“Saya berkongsik kerana saya mahu orang faham sukan menyelamatkan hidup saya.

Di sana (Syria), seperti macam anda hidup tapi tiada tujuan yang lebih jauh dalam hidup.”

Pingat Olimpik dan Paralimpik merupakan salah satu daripada perkara ikonik dalam kejuaraan di seluruh dunia dengan keunikan tersendiri hasil daripada sentuhan negara tuan rumah.

Mungkin kerana nilainya yang tiada tandingan kepada atlet, ada yang tertanya-tanya berapa sebenarnya harga pingat Olimpik yang direbut atlet dari seluruh dunia ini?

Berapa sebenarnya harga pingat Olimpik?

Baca lanjut di: Diperbuat Daripada Alat Elektronik Kitar Semula, Ini Harga Sebenar Pingat Olimpik 2020