
Episod Terakhir Drama ‘Ayahanda’ Buat Ramai Menangis Teringat Ibu & Ayah
Semalam, episod terakhir siri drama televisyen Ayahanda yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama berjaya membuatkan emosi penonton kacau bilau.
Ayahanda merupakan naskhah arahan Ahamad Tarmimi Siregar dengan tulisan naskhah oleh Wan Mahani Wan Hassan dan Maizura Mohd Ederis.
Dibintangi Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikri Ibrahim sebagai teraju utama, drama Ayahanda mengisahkan mengenai Haji Abdullah, seorang Tok Imam, juru nikah dan pengajar kitab di surau yang sudah berusia lebih daripada 100 tahun.
Selepas ribut yang melanda menyebabkan surau itu rosak dan hampir meragut nyawa isterinya, Haji Noriah, surau berkenaan dibina semula.
Haji Abdullah dilihat sebagai imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid.
Kerana itu juga Haji Abdullah seakan sudah tidak diterima masyarakat kampung kerana kaedah pengajaran dan kitabnya dianggap lapuk.
Namun, beliau tetap meneruskan tanggungjawabnya mengajar masyarakat.
Mucul seorang imam baharu, Ustaz Hamidi yang dilantik, berusia awal 20-an dengan lulusan Al-Azhar, Mesir menjadikan jemaah semakin ramai di masjid.
Hasil perkahwinan dengan Hajah Noriah, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Halimah, Ramli, Ahmad dan Aziz.
Semasa Haji Abdullah mahukan sokongan daripada anak-anaknya untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai imam, kesemua daripada mereka tidak berpihak kepada beliau menyebabkan beliau terasa hati.
BACA: Berlindung Di Sebalik Topeng Agama, Drama Kultus ‘Save Me’ Kembali Trending
Aziz, anak bongsu yang bekerja sebagai juruteknik kilang yang menjadi harapannya turut menantang hasrat ayahnya.
Terutamanya apabila mereka pernah memiliki sejarah lampau yang menyebabkan hubungan keduanya renggang.
Sikap degil dan ego Haji Abdullah menyebabkan dirinya kesepian dan tiada siapa yang peduli.
Berusaha menebus kesalahannya di masa lalu, drama ini ditulis berdasarkan kisah benar Allahyarham Azizi Haji Abdullah, penerima SEA Write Award 1988.

Mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang, drama 13 episod terbitan Zeel Production ini pasti membuatkan penonton tidak kering air mata, terutamanya di episod terakhir Ayahanda.
Ditambah pula dengan keadaan pandemik yang mengekang kita untuk merentas daerah/negeri untuk bersama ibu dan ayah.
Untuk anda yang berminat untuk dapatkan novel Ayahanda ini, bolehlah lakukan pembelian DI SINI.
Satu naskhah cuma RM17.60 sahaja.
Yang menarik juga pada episod akhir semalam ialah kredit penutup yang dihasilkan yang memberi penghargaan kepada Allayarham Azizi Haji Abdullah.
Semoga lebih banyak naskhah-naskhah berkualiti sebegini diadaptasi ke layar kaca.
Trending now



