
Didakwa Hina Rakyat Filipina Miskin & Eksploitasi Budaya Untuk Jana Wang, Nas Daily Kini Hilang Lebih 20 Juta Pengikut
5 Ogos lalu, dunia media sosial dikejutkan dengan pendedahan pengasas The Cacao Project, Louise Mabulo yang mendakwa vlogger Israel, Nas Daily telah menghina rakyat Filipina dengan mengatakan mereka adalah orang miskin.
“Petani sungguh miskin.” “Kenapa orang Filipina sangat miskin?”
Menurut Louise, mereka bertemu pada tahun 2019 semasa Nas Daily datang ke kampung Louise untuk The Cacao Project.
Namun keterujaan bertemu personaliti yang disanjungi beliau ini bukanlah memori yang indah apabila beliau melihat sendiri bagaimana pencipta kandungan itu mengejek bunyi dan bahasa pertuturan masyarakat tempatan dengan mengatakan ia terlihat tidak bijak.
Dalam hantaran panjang itu Louise menyatakan dua tahun beliau mendiamkan diri mengenai hal tersebut, namun beliau mula bersuara apabila Nas Daily sekali lagi cuba mengeksploitasi rakyat Filipina dengan menghasilkan kandungan untuk menjana pendapatan.
Kali ini mangsa beliau ialah pelukis tatu tradisional dunia, Whang Od.

Nas menguar-uarkan Whang Od akan mengajarkan kelas tatu secara dalam talian di bawah kelolaan mereka di dengan bayaran 750 Peso (RM63), namun cucu kepada Whang Od menafikannya dan menjelaskan bahawa neneknya tidak pernah menyatakan persetujuan untuk mengajar seperti yang didakwa.
Biarpun Nas dalam hantaran balas menafikan dakwaan Louise, ia tetap tidak menghalang pengguna media sosial untuk meneruskan ‘pembatalan’ mereka terhadap vlogger itu.
Pada 27 Jun, Nas yang berkongsi kejayaan beliau mencapai 40 juta pengikut kini terpaksa ‘berputih mata’ apabila lebih 20 juta mengikut mula berhenti mengikutinya.
Malah rakyat Filipina juga sudah mula melancarkan petisyen mengisytiharkan beliau sebagai ‘persona non grata’ di Filipina kerana mengeksploitasi budaya dan seni orang Asli Filipina bagi mendapatkan wang di bawah Undang-Undang Hak Asasi Orang Asal 1997 yang mengiktiraf dan mempromosikan hak-hak masyarakat, budaya dan adat di Filipina.
BACA: Kekasih Nas Daily Dikecam Selepas Hasilkan Video Tentang Anak Statless Di Sabah
Untuk pengetahuan anda, ‘persona non grata’ ialah individu yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara buat selama-lamanya selepas didapati melakukan kesalahan yang tidak dimaafkan ketika berada di negara tersebut.
Jika petisyen ini ‘diangkat’, ada kemungkinan Nas tidak lagi dibenarkan untuk memasuki negara tersebut.
Trending now



