Azreen Nabila Tetap Menyinar Di Olimpik 2020 Biarpun Tanpa Ditemani Jurulatih 2

Azreen Nabila Tetap Menyinar Di Olimpik 2020 Biarpun Tanpa Ditemani Jurulatih

Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias mencetuskan sensasi apabila berjaya melepasi pusingan kelayakan dalam acara 100 meter dengan catatan 11.77 saat.

BACA: Dihina Di Negara Asal, Atlet Berbasikal Masomah Ali Zada Buktikan Jadi Pelarian Mampu Ke Olimpik

Beliau yang hadir ke Olimpik dengan menggunakan tiket wild card berada di belakang pelari Iran, Fasihi Farzaneh dengan catatan masa 11.76 saat dan di hadapan pelari Kuwait, Mudhawi Alshammari dengan rekod 11.82 saat.

Azreen Nabila Tetap Menyinar Di Olimpik 2020 Biarpun Tanpa Ditemani Jurulatih 2

Catatan masa 11.77 saat yang dilakar Azreen Nabila merupakan rekod peribadi terbaik beliau jika dibandingkan dengan catatan masa 11.82 saat yang dilakukannya semasa Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang lalu.

Kehadirannya di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu-satunya atlet Malaysia tanpa kehadiran jurulatih (M. Balamurugan) tetap tidak mematahkan semangat beliau biarpun diakui ia memang sukar.

“Kalau jurulatih dia boleh pantau latihan saya. Saya akan sentiasa anggap kehadirannya ada di sini.”

Terdahulu, tahukah anda kenapa sukan papan selaju terpilih dalam Olimpik berbanding skuasy?

Walaupun diiktiraf International Olympic Committee (IOC) – badan yang bertanggungjawab menetapkan acara sukan yang patut dipertandingkan dalam Olimpik secara undian, skuasy gagal disenarikan dalam Olimpik kerana tidak berjaya mendapat 2/3 majoriti undi walaupun mempunyai 20 juta pemain di seluruh dunia.

Tambahan, bidaan yang dibuat untuk Olimpik 2020 juga tidak sesuai kerana Jepun bukanlah salah satu kuasa besar sukan itu.

Satu kritikan yang selalu timbul dan menjadi salah satu sebab kenapa ia tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Kononnya bola skuasy terlalu laju dan kamera tidak mampu menangkap gerakkan bola berkenaan.

Baca lanjut: Kenapa Sukan Papan Selaju Terpilih Dalam Olimpik Berbanding Skuasy?