Tak Sampai Hati Ambil Bayaran Pelanggan, Perniagaan Lelaki Ini Bakal Ditutup Kerana Kehabisan Modal 4

Tak Sampai Hati Ambil Bayaran Daripada Pelanggan, Perniagaan Lelaki Ini Bakal Ditutup Kerana Kehabisan Modal

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak sampai hati mahu mengambil bayaran daripada pelanggan, perniagaan lelaki ini berisiko ditutup selepas modal perniagaannya semakin ‘mengering’.

James Anderson, 54 tahun yang bekerja sebagai tukang paip telah menyelesaikan ribuan pekerjaan sepanjang pandemik berlangsung.

Tak Sampai Hati Ambil Bayaran Pelanggan, Perniagaan Lelaki Ini Bakal Ditutup Kerana Kehabisan Modal 1
Sumber: Metro UK

Namun kerana tidak sampai hati untuk mengambil bayaran daripada pelanggan tua dan orang kurang upaya, perniagaannya, Depher berdepan risiko ditutup susulan daripada kekurangan modal.

Syarikat yang dibina dengan sumbangan orang ramai dan juga pelanggan berbayar ini menyaksikan penyusutan keuntungan terutamanya sumbangan disebabkan impak kewangan yang melanda berpunca daripada COVID-19.

“Kami biasanya ada dana yang mencukupi untuk membantu orang ramai, tetapi dalam keadaan sekarang, jika ia tidak berubah kemugkinan besar kami terpaksa ditutup.”

Selain itu, syarikatnya turut menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan, tabung makanan dan juga sambutan ulang tahun kelahiran kepada anak-anak yang mana ibu bapa mereka diberhentikan kerja.

Tak Sampai Hati Ambil Bayaran Pelanggan, Perniagaan Lelaki Ini Bakal Ditutup Kerana Kehabisan Modal 3
Sumber: Twitter james Anderson

Malah sejak perintah berkurung dilaksanakan di United Kingdom, beliau tidak pernah mengambil gajinya bagi mendahulukan pelanggan yang memerlukan.

Di Malaysia sendiri, ramai yang terjejas berikutan wabak pandemik yang melanda.

Lihat sahaja pendedahan Ebit Lew yang mana tidak sampai 24 jam permohonan bantuan bekalan dapur dibuka, sudah 60,000 permohonan diterima.

BACA: Tak Sampai 24 Jam Ebit Lew Terima 60,000 Permohonan Bantuan Bekalan Dapur

Tahukah anda, negara bakal menyaksikan ke harian sekitar 20 ribu sehari dalam tempoh dua minggu lagi selepas mengambil kira varian Delta yang memiliki kebolehjangkitan dengan kadar dua kali ganda lebih tinggi berbanding strain virus sebelum ini?

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pakar virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Kumitaa Theva Das yang turut menjangkakan angka korban harian yang mencecah 200 orang susulan sistem kesihatan awam yang sedang dalam keadaan tertekan.

Walaupun tahap bahaya varian Delta tidak melebihi varian lain, namun rekod korban akan menjadi lebih tinggi susulan kemudahan rawatan dan penjagaan yang terhad sekarang.

Baca lanjut di: Perang Masih Panjang, Pakar Virologi Jangka Kes Boleh Cecah 20,000 Sehari