sexual grooming

Sexual Grooming: Proses Penjenayah ‘Mendandan’ Mangsa Sebelum Lakukan Jenayah Seksual

Baru-baru ini, berlegaran di media sosial di mana beberapa kumpulan daripada kalangan ‘influencer’ sedang mengumpulkan bekas mangsa sexual grooming serta pelan tindakan untuk menghadapkan penjenayah ke muka pengadilan.

Antara pengguna media sosial yang kerap memperjuangkan hak para mangsa sexual grooming ini adalah saudara Mohd Fadli Salleh.

BACA: Kecoh Video Lucah Dan Gangguan Seksual Mirip Pendakwah, Polis Bakal Keluar Kenyataan

Apa itu Amang Seksual atau Sexual Grooming?

Sexual grooming ini adalah satu proses dimana predator mendekati mangsa dengan berbuat baik, berlakon warak, dan membina kepercayaan mangsa dahulu.

Ini teknik pemangsa sebelum ‘membaham’ mangsa. Ia bukan sahaja melibatkan kanak-kanak, bahkan orang dewasa pun ada yang menjadi mangsa sexual grooming ini.

Menurut Dr Rozanizam Zakaria, ada 6 peringkat sexual grooming ini :-
1. Mendapatkan sasaran (Cari mangsa yang fragile)
2. Mendapatkan kepercayaan ( Tunjuk reputasi baik predator)
3. Mengisi keperluan mangsa ( Beri apa yang mangsa tiada)
4. Mengasingkan mangsa ( Ajar mangsa merahsiakan )
5. Perilaku seksual (Gangguan seksual dimulakan)
6. Kekalkan penguasaan ke atas mangsa ( ugutan, suapan )

Ada pemangsa berselindung disebalik perwatakan yang warak, berjubah, nampak Islamik dan berpengaruh.

Mangsa terpedaya dengan perwatakan predator yang baik seterusnya di’groom’ secara berperingkat.

Apabila mangsa sedar mereka ditipu dan dipergunakan untuk kepuasan seksual predator, mangsa tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan predator dah pun menguasai mangsa.

Ini yang banyak berlaku dan akhirnya kes didiamkan begitu sahaja. Predator terus berleluasa dan mangsa mengalami tekanan emosi dan trauma sepanjang hayat. Bahkan ada yang sampai peringkat kronik sehingga wujud perasaan ingin bunuh diri.

Predator yang berselindung disebalik topeng agama seperti ini perlu dihadapkan ke mahkamah. Ia adalah jenayah!

Kisah benar

Satu kisah sebenar telah diceritakan oleh mangsa kepada saudara Fadli Salleh. Cerita ini adalah dari seorang yang beliau kenali dan pernah jumpa. Tak sangka, orang yang beliau kenal pernah kena seksual grooming ini. Bacalah dan tolong kongsikan untuk kesedaran orang lain juga.

*************

“As salam cikgu. What im about to say, benda peribadi yang akak tak mampu nak tuliskan secara umum. Nak menulis kat cikgu ni pun berkali-kali taip dan padam. Tapi sebab cikgu ada pengaruh besar, akak gunakan platform ni. Bantu akak sebarkan.

Cuma berjanjilah dengan nama Allah, jangan bagitahu sesiapa identiti akak. Rahsiakan hal ini walau pada sesiapa. Not even one person!

Nak bercakap tentang sexual grooming. Semoga perkongsian ni jadi kekuatan untuk mangsa-mangsa tampil ke depan.

Akak jugak mangsa sexual grooming. He was my boss. Married with 4 childrens. Selalu bawak girlfriend dia datang office. Ramai yang tau perangai playboy dia. Wife dia pun tau. Akak je la yang tak faham apa-apa masa tu sebab akak ni budak kampung, naive gila.

Dia big boss, jadi sebagai budak kampung yang baru habis SPM dan keluar ke pekan besar mencari kerja, banyak benda yang akak sangat takut. Takut hilang kerja, takut boss marah, takut itu, takut ini. Banyak takut. Umur belasan tahun kan, tak pernah keluar rumah. Keluar pun sebab lari dari rumah, tak tahan kena pukul dengan bapak. So kalau kena buang kerja, nak ke mana. Macam tu la naifnya akak dulu.

Mula-mula kerja, akak ok je. Boss pun ok. Dia menjaga akak sebagai pekerja. Bersopan dalam berkata-kata. Akak anggap dia ada girlfriend tu ganjil, tapi akak pilih tak nak masuk campur. Janji akak ada kerja, jaga diri sendiri dulu.

But then, boss mula pelan-pelan bercakap benda dalam kain. Tak lucah sangat, cuma selalu double meaning. Akak memang bodoh, duduk kampung tak terdedah dengan semua benda-benda ni. So tak berapa faham. Bila tak faham, buat tak tau je la.

Rupanya bila akak buat tak tau, dia rasa tu hint dari akak that im ok with what he is doing. Again, akak memang naive.

Then dia mula lebih berani. Bila nak out station, dia ajak akak. Katanya sebab akak je yang boleh handle kerja tu. Akak budak lagi, datang dari keluarga susah dan pecah belah. Tapi sebab duduk kat kampung, terpelihara dari benda-benda ‘yellow mind’ ni. Bila bos kata nak out station dan puji akak pandai buat kerja, seronok, rasa dihargai.

Sebab mak ayah selalu akak bodoh, lembab, buat kerja semua tak pernah jadi. He was the 1st adult ever yang cakap akak pandai buat kerja. Rasa dihargai.

Pun, takde perasaan lebih dari seorang pekerja dan majikan.

Cuma akak ingat lagi masa tu dia ada cakap.

“Kalau you nak ikut i, you kena la sanggup buat semua yang i suruh.”

Dulu, masa usia 18 tahun dengar tu, sefahaman akak, buat kerja pejabat la. Akak buruk, gemuk, tak pernah termimpi pun ada orang nak suka akak ke apa. So memang takde terlintas langsung dia tengah bercakap double meaning. Akak pun ye kan je.

Rupanya bila akak meng’ia’kan, tu bagi dia semacam greenlight pada dia nak go further. Maka conversation makin lama makin berat ke arah sexual grooming.

Dia mula bercakap tentang cerita dalam kain dengan lebih ketara. Sexual grooming ni dalam bahasa mudahnya, mendidik seseorang tentang seks. Sebab tu kebanyakan mangsa adalah wanita dan gadis naive. Tak pernah ada sesiapa ajar kita tentang seks sebelum ni. Tup-tup ada lelaki dewasa datang ajar kita, dengan cara yang sopan, nampak lemah lembut, tapi isinya sampah!

Dari situ bermula dia ajar akak tengok video lucah. Mula-mula yang ringan-ringan. Tengok sorang-sorang. CD semua dia supply. Then dalam setiap conversation, dia akan ‘sekolah’kan akak tentang video lucah yang dia bagi akak tonton tu.

Ni la sexual grooming. Sebab yang dia groom tu manusia biasa. Yang ada nafsu, ada hormon seks. Lama-lama kita rasa benda tu biasa walaupun malu bersisa. Tapi dia sentiasa ajar kita ilmu sesat tu, yakinkan kita benda tu ok.

Lepas tu dia bagi tengok video lucah yang real punya. Tu la baru faham macam mana seks tu berlaku. Memang akak naive sangat. Tak tau apa pasal semua ni. Bila tau, tengok sorang-sorang, dari rasa malu timbul rasa seronok. Segala hormon naik, faham sendiri la kan kita orang dewasa.

Then next step dia ajar akak untuk self-masturbated. Macam-macam cara dia ajar. Akak buat, sebab masa ni dah mula rasa seronok. Solat pun dah mula tinggal. 😞

Dari self masturbated, dia ajar buat phone sex. Dari phone sex dia ajak tengok video lucah sama-sama. Then ajar akak buat oral seks. Dan akhirnya kami betul-betul berzina.

sexual grooming

Semuanya bermula dari sex grooming! Dan kesannya tak sedikit.

Akak buang anak sebanyak 11 kali! Pengguguran haram.

Akak cuba nak tinggalkan dia, tapi grooming dia berjaya menjadikan akak sex addictor. Akak sakit sangat dengan keadaan diri. Berkali-kali cuba bunuh diri. Tapi tak berjaya. Tetap hidup dan teruskan jugak life macam syaitan tu. Dia sendiri tak kisah akak nak bunuh diri sebab setiap kali cubaan, mesti gagal. Dan dia datang merayu berkali-kali. Pujuk, dan akak yang lemah jatuh ke lembah yang sama.

Perkara ni dah berbelas tahun berlalu. Tapi sampai sekarang akak terpaksa dapatkan rawatan untuk ketagihan seks. Lebih teruk, akak tak boleh nak berhubungan secara nyata dengan suami. Tapi mencari kepuasan dengan menonton video-video lucah. Sekarang dalam rawatan psikiatris untuk keluar dari semua kesengsaraan ni.

Akak tau akan ada yang kata benda ni salah akak. Takpe, teruskan kalau nak blame akak. Akak berkongsi sebab akak nak highlightkan tentang bahaya sex grooming. Kesannya berantai. Kesalahan dia groomed akak je. Bila akak dah ketagih, dia boleh letak kesalahan tu pada akak kan.

“You yang nak!” Itu tuduhan dia pada akak setiap masa. Dia gaslighted akak untuk percaya akak yang salah. Dan dia orang ada nama dalam kalangan masyarakat. Kawan-kawan semua kata dia baik. Cerita la apapun, semua orang kata dia baik.

Dah lebih 15 tahun berlalu, akak masih sakit akibat semua tu. Sebab tu la sexual grooming ni jenayah. Akibat yang dibawak oleh sexual grooming tu, akak ni la.

Akak harap, kalau ada yang baca perkongsian ni, tampil la ke depan. Bantu diri! Jangan ulang silap akak.

Jangan! Sakitnya nak membetulkan semua ni, Allah je yang tau. Akak rasa jijik dengan diri. Akak takut dan tak percaya dengan semua lelaki. Tak tau bila baru boleh keluar dari trauma ni.

**********

Terkesima beliau membaca kisah akak ini. Tak sangka sejauh itu pengalaman perit dia lalui. Nak kata dia salah sebab layan, katalah. Dia pun faham dan dah jangka orang akan tuduh begitu.

Apa yang dia nak highlightkan, ia takkan bermula tanpa seksual grooming ini.

Maka tolonglah, sesiapa sahaja yang sedang lalui pengalaman yang sama, tolong buat report polis. Jika pemangsa tersebut orang terkenal, orang berpengaruh hingga kalian rasa takut nak buat report, takut masyarakat kecam dan pandang serong, takut kes tak jalan, hubungi pihak beliau.

Untuk kes melibatkan VVIP, pihak kami dah bersedia dengan barisan peguam dan team sokongan untuk bantu anda yang menjadi mangsa.

Terus hubungi dengan klik link ini.

Bantu sebarkan kesedaran ini agar generasi kita tidak lagi menjadi mangsa predator seksual seperti ini.

Sumber: Mohd Fadli Salleh