‘Terima Kasih Banyaklah,’ Ucapan Pak Cik Dalam Video ‘Motivasi’ Tular Di Pusat Gelandangan Undang Simpati Netizen 3

‘Terima Kasih Banyak,’ Ucapan Pak Cik Dalam Video Tular Di Pusat Gelandangan Undang Simpati Netizen

Sejak semalam, tular mengenai satu video seorang usahawan muda yang dikatakan telah bersikap kurang sopan terhadap seorang pak cik dalam program di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

BACA: Bimbang Jadi Ikutan, IRAMA Buat Laporan Polis Terhadap Usahawan ‘Perlekeh’ Warga Emas

Menafikan ada tindakan cubaan menghina, menurut Malaysia Gazette, beliau yang turut dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka itu berkata,

“Saya bukan marah, saya hanya memang semangat bila bercakap membantu orang, saya tidak sesekali mengeluarkan perkataan yang keji dan menghina, cuma nada saya agak bersemangat.”

Susulan tularnya video itu, ramai yang tampil mencari pak cik berkenaan kerana mahu menyampaikan sedikit sumbangan.

Dalam satu perkongsian di TikTok, personaliti TV3 Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi satu video pendek daripada pak cik berkenaan di laman media sosialnya.

@fedtriyahya

Jangan risau pakcik, tidak hina seorang manusia kerana miskin… Allah memuliakan hambanya yang bertaqwa #muhasabahdiri

♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya – Ahmad Fedtri Yahya

“Terima kasih banyaklah. Saya tak boleh balas. Saya hanya serah kepada Tuhan.

Memang dia betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita. Kita sendiri ubah.”

‘Terima Kasih Banyaklah,’ Ucapan Pak Cik Dalam Video ‘Motivasi’ Tular Di Pusat Gelandangan Undang Simpati Netizen 1

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) atas perbuatan usahawan berkenaan yang dianggap tidak beretikan dan beradab.

Ini kerana mereka tidak mahu kelakuan tidak beretika itu menjadi ikutan golongan remaja yang telah menonton video berkenaan kerana bimbang ia akan dilihat sebagai cara untuk berjaya yang perlu diikuti.

BACA: Tuduh Upah Orang Serang Perasmian Butik, Cik Epal Dedah Video Carl Samsudin

Susulan itu juga, usahawan berkenaan yang terlibat dalam program anjuran Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur itu telah tampil melakukan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas tindakannya di dalam video tersebut mengundang rasa tidak senang masyarakat.