Penganggur Merompak Susu Dan Lampin

Penganggur Di Kuching Terdesak Merompak Nak Beli Susu Dan Lampin Dipenjara Enam Tahun

Penganggur Di Kuching Merompak Nak Beli Susu Dan Lampin Dipenjara Enam Tahun.

Ramai yang hilang pekerjaan dan terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu, terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan terhadap masyarakat hari ini yang menerima kesannya.

Merompak kerana nak beli susu dan lampin

Seorang penganggur mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjaran enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuching pada Isnin (26 Julai) kerana merompak untuk membeli susu dan lampin sebelum Hari Raya AidilAdha lalu.

Memetik sumber Utusan Borneo, penganggur yang merupakan seorang lelaki berasal dari Sibu itu didakwa merompak wanita berusia 54 tahun dalam satu kejadian pada 16 Julai lalu.

Tertuduh dilaporkan mengambil beg tangan mangsa yang berisi kad pengenalan, kad ATM, kad vaksinasi, wang tunai berjumlah RM12,600 dan sebuah telefon pintar. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penganggur Merompak Susu Dan Lampin

Hasil siasatan mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian yang merakam perbuatan tertuduh.

Justeru, antara barangan yang dirampas dan dijadikan bahan kes adalah pakaian, topi keledar, motosikal, sebuah beg dan wang tunai berjumlah RM554.

“Sehubungan itu, setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam, mahkamah menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 18 Julai 2021 dan tertuduh juga dikenakan tiga sebatan,” ujar Hakim Afidah semasa prosiding.

Sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh yang tidak mewakili mana-mana peguam merayu agar dikenakan hukuman paling minimum atas alasan dia terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana terdesak hendak membeli lampin serta susu.

“Saya juga mempunyai dua orang adik beradik orang kurang upaya (OKU) dan turut menanggung ibu saya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Saya berasa sangat menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut,” ujar tertuduh yang menangis ketika mengemukakan rayuan.

Hakim Afidah menegaskan alasan penganggur bukanlah tiket untuk melakukan perbuatan tersebut. Terdapat pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk mencari wang dan merompak bukanlah salah satu daripadanya.

Sumber: Utusan Borneo