joey jordison

Bekas Drummer Slipknot Joey Jordison Meninggal Dunia

Bekas drummer kumpulan muzik Slipknot serta merupakan salah seorang pengasas kumpulan tersebut, Joey Jordison meninggal dunia pada usia 46 tahun mengikut kepada kenyataan keluarganya.

Kumpulan Slipknot diasaskan oleh Joey Jordison bersama dengan rakan sekumpulan Shawn Crahan dan Paul Gray pada tahun 1995 di Iowa, Amerika Syarikat. Pada Disember 2013, dilaporkan Joey meninggalkan kumpulan tersebut atas kesepakatan bersama.

Pada tahun 2016, Joey mengumumkan bahawa perpindahan keluar beliau daripada kumpulan Slipknot adalah disebabkan masalah kesihatan beliau yang dijangkiti dengan satu penyakit bernama transverse myelitis. Disebabkan penyakit itu, beliau kehilangan kakinya.

Namun, masih belum pasti sama ada penyakit beliau ini ada kena mengena dengan kematian beliau.

Slipknot-Top-10s

Kumpulan Slipknot pernah mengunggul gelaran tiga kali Top 10 Billboard 200 termasuk lagu hit mereka All Hope Is Gone . Album tersebut juga mengunggul gelaran carta Top Rock Album dan Hard Rock Album.

Joey pernah mengasaskan kumpulan muzik baru dinamakan Scar the Martyr pada tahun 2013 semasa beliau masih bersama Slipknot.

BACA: Pencipta Perisian Antivirus McAfee Ditemui Mati Dalam Penjara Selepas Ektradisi Ke AS Lulus

Sumber: billboard