Video Lucah Mirip Pendakwah Terkenal

Kecoh Video Lucah Dan Gangguan Seksual Mirip Pendakwah, Polis Bakal Keluar Kenyataan

Media sosial belakangan ini hangat membincangkan tentang dakwaan sebuah video lucah dan gangguan seksual membabitkan seorang pendakwah yang cukup dikenali di negara ini.

Malahan, terdapat beberapa individu termasuk artis terkenal turut memberi bayangan sebuah kebenaran akan terbongkar tidak lama lagi.

Menurut Utusan, tiada sebarang pengesahan diterima setakat ini oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan video berkenaan dan gangguan seksual yang katanya melibatkan pendakwah berkenaan.

Sumber polis juga berkata, tiada sebarang mangsa setakat ini tampil membuat laporan berkenaan perkara terbabit.

Video Lucah Mirip Pendakwah Terkenal

Bagaimanapun, Malaysia Gazette pula memberitahu pihak polis akan meneliti dakwaan video berkenaan.

Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Walaupun pelbagai spekulasi yang dilontarkan di media sosial, setakat ini belum ada sebarang penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Sumber: Utusan, Malaysia Gazette