Lantang Tolak Vaksin Meninggal Dunia

Lantang Kutuk Vaksin Di Media Sosial, Lelaki Ini Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Seorang lelaki dari California dikenali sebagai antivaksin dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.

Stephen Harmon, seorang ahli Hillsong Chuch cukup dikenali apabila lantang mengutuk mengenai pengambilan vaksin dalam media sosialnya.

Menurut media tempatan, dia sering menegaskan tidak akan mengambil vaksin untuk mengawal jangkitan COVID-19.

“Saya ada 99 masalah namun tidak akan sesekali mengambil vaksin,” kata lelaki berusia 34 tahun itu kepada 7,000 pengikutnya dalam media sosial pada Jun lalu.

Tidak lama kemudian, Harmon dilaporkan menerima rawatan akibat pneumonia dan COVID-19 di sebuah hospital sejak lebih sebulan lalu dan disahkan meninggal dunia, baru-baru ini.

Beberapa hari sebelum kematiannya, Harmon dilihat merakam gambar keadaannya diberi bantuan oksigen menunjukkan dia terbaring atas katil hospital.

“Tolong doakan saya, mereka (hospital) mahu intubasi dan pasangkan alat pernafasan untuk saya,” katanya.

Dalam ciapan terakhirnya pada Rabu lalu, Harmon memberitahu dia memilih untuk diintubasi dan ‘tidak tahu bila akan sedar semula.’

Biarpun mempunyai komplikasi yang teruk akibat virus berbahaya ini, lelaki itu masih berdegil untuk tidak menerima vaksin.

Sebelum kematiannya, Harmon pernah bergurau mengenai pandemik dan vaksin, berkongsi meme mengatakan dia lebih mempercayai kitab Bible berbanding pakar kesihatan Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci.

Pengasas Hillsong, Brian Houston mengesahkan berita kematian lelaki berkenaan menerusi satu ciapan Khamis lalu.

Ketika ini, pemerintah Amerika Syarikat menghadapi cabaran besar dari kumpulan antivaksin. Di tengah lonjakan kes COVID-19 disebabkan varian Delta yang lebih cepat menular, pemerintah terus berusaha untuk melaksanakan program vaksinasi dengan kadar lebih cepat.

Lantang Tolak Vaksin Meninggal Dunia

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.4 juta kes.

BACA: Tak Boleh Melancong, Tunai Haji, Ke Tempat Kerja Antara Syarat Ketat Terhadap Antivaksin Arab Saudi

Sumber: BBC