roc

Kenapa Rusia Digelar ROC Dalam Tokyo Olimpik 2020?

Rusia menggunakan gelaran ROC dalam saingan Tokyo Olimpik 2020 dan tidak dibenarkan menggunakan nama negara, bendera kebangsaan serta lagu kebangsaan mereka.

ROC merupakan singkatan kepada Russian Olympic Committee ataupun Jawatankuasa Olimpik Rusia. Ini disebabkan oleh Rusia telah dikenakan sekatan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) apabila Rusia didapati menjalankan program doping yang disokong oleh negara tersebut.

Disebabkan sekatan ini, Rusia telah dikenakan larangan bertanding di mana-mana kejohanan besar selama 2 tahun (pengurangan daripada 4 tahun pada tahun 2019 oleh Agensi Anti-Doping Dunia). Atlet Rusia dibenarkan untuk bertanding pada peringkat antarabangsa namun mereka perlu bertanding di bawah bendera yang neutral.

Oleh itu, Rusia dikenali sebagai ROC pada Tokyo Olimpik 2020 dan Beijing Olimpik Musim Sejuk 2022. Untuk bendera pula, negara tersebut menggunakan simbol ROC yang terdiri daripada obor Olimpik berjalur dengan warna putih, biru dan merah dan dibawahnya diisi dengan simbol 5 cincin Olimpik.

roc

Sekiranya atlet Rusia memenangi pingat emas dalam kejohanan ini, lagu kebangsaan Rusia tidak akan dimainkan, sebaliknya muzik oleh komposer Pyotr Tchaikovsky dengan lagu Piano Concerto No. 1 akan dimainkan.

Mengenai pakaian uniform atlet pula, bendera Rusia tidak dibenarkan dipakai oleh mereka, namun warna bendera itu dibolehkan.

BACA: Katil Olimpik 2020 Diperbuat Daripada Kadbod Jadi Tumpuan, Cegah Atlet Buat Hubungan Intim?

Sumber: as