Guzaarish Review 2

Lakonan Penuh Emosi Hrithik Roshan Dalam ‘Guzaarish’

Di Netflix, filem Guzaarish (2010) lakonan Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai ini antara filem yang menjadi salah satu filem Hindi yang direkomendasi untuk ditonton.

Filem Guzaarish menceritakan mengenai seorang ahli silap mata, Ethan Mascarenhas yang lumpuh seluruh badan selepas satu kemalangan semasa beliau membuat persembahan.

Guzaarish Review 1

12 tahun mengalami lumpuh, Ethan yang kini menjadi pengacara rancangan radionya sendiri, Radio Zindagi dijaga oleh Sofia D’Souza.

Semasa ulang tahun ke-14 kemalangannya, Ethan mengejutkan ramai termasuklah Sofia dan peguamnya, Devyani dengan permintaan untuk ‘dimatikan’ dengan cara euthanasia.

 

Di India, permintaan untuk dimatikan dengan cara ini masih lagi diharamkan. Jadi Devyani yang didesak Ethan terpaksa membuktikan di mahkamah bahawa permintaan Ethan layak untuk ditunaikan.

Guzaarish Review

Biarpun rakan sahabatnya yang bersamanya selama ini tidak bersetuju, namun demi menghormati Ethan mereka terpaksa menerima dan menyokongnya.

BACA: Dedah Penipuan Hospital Antara Babak Lejen Dalam Filem ‘Gabbar Is Back’

Pada ketika itu juga, seorang lelaki, Omar Siddiqui muncul di hadapan Ethan dan meminta Ethan untuk mengajarkannya permainan silap matanya.

Adakah permintaan Ethan diluluskan?

Untuk ketahui apa yang berlaku seterusnya, anda bolehlah tonton filem ini di platform penstriman dalam talian, Netflix.

Perlu diakui, biarpun berlakon hanya menerusi dialog, renungan mata dan mimik muka sahaja, Hrithik Roshan tetap berjaya melakonkan wataknya dengan cemerlang dan membuatkan emosi penonton cukup terkesan.

Antara filem Hindi lain yang menarik untuk ditonton di Netflix ialah Gabbar Is Back.

Gabbar Is Back (2015) merupakan sebuah filem Hindi yang mengisahkan mengenai seorang lelaki, Profesor Aditya yang menyamar sebagai Gabbar yang mendedahkan maklumat pegawai kerajaan yang korup.

Mereka diculik sebelum digantung di kawasan terbuka bersama dengan fail-fail mengenai jenayah yang dilakukan.

Dalam babak yang terkenal itu, Aditya aka Gabbar membawa rakannya, Shruti yang tercedera dalam kemalangan kecil.

Apa yang beliau hairankan apabila luka yang dialami Shruti hanya kecil, namun banyak prosedur yang perlu beliau lalui.