Featured Image

Padat Hujah & Fakta, Nadir Al-Nuri Tenang Bentang Isu RM20 Juta Dalam Laporan Audit CGM

Dua hari lalu, dalam satu siaran langsung, pendakwah yang aktif dengan kerja-kerja kebajikan, Ebit Lew telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memberikan penjelasan mengenai wang sumbangan sejumlah RM20 juta yang diterima.

BACA: ‘Saya Pergi Dengan Duit Sendiri’, Ebit Lew Nafi Dakwaan Bazir Hasil Sumbangan Dalam Misi Gaza

Dalam satu siaran langsung di Facebook hari ini, Nadir dengan tenang tampil menjawab dan membentangkan aliran di mana wang berkenaan dibelanjakan.

Padat Hujah & Fakta, Nadir Al-Nuri Tenang Bentang Laporan Audit Perbelanjaan Wang Sumbangan 2

Dalam siaran langsung itu juga, Nadir Al-Nuri menjelaskan bahawa bukan setiap tahun mereka menerima sumbangan RM20 juta dan jumlah sumbangan berkenaan bukan hanya diuruskan pihak Cinta Gaza Malaysia sahaja tetapi sebenarnya dikutip daripada badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Malah peratusan perbelanjaan untuk caj pengurusan yang sepatutnya boleh diambil sehingga 30% hanya mereka ambil serendah 3% sahaja.

Padat Hujah & Fakta, Nadir Al-Nuri Tenang Bentang Laporan Audit Perbelanjaan Wang Sumbangan 1

Turut mengalukan NGO lain membentangkan aliran tunai perbelanjaan masing-masing, siaran langsung menerusi Facebook Terkini dan Sensasi Palestin itu juga menyertakan dokumen lampiran seperti laporan kewangan dan profil organisasi.

Padat Hujah & Fakta, Nadir Al-Nuri Tenang Bentang Laporan Audit Perbelanjaan Wang Sumbangan

Untuk membaca dokumen-dokumen ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

1. Laporan Kewangan

https://anyflip.com/jrsmy/tyxu/

https://anyflip.com/jrsmy/znin/

2. Profil Organisasi Cinta Gaza Malaysia 2021

https://anyflip.com/jrsmy/hzvv/

Sesi siaran langsung ini boleh anda ulang tonton DI SINI.

Tidak dilupakan, pada malam 24 Julai, akan ada satu lagi sesi townhall khas daripada MyAqsa Defenders yang akan menampilkan 47 individu yang bagi menjelaskan kepada masyarakat dan berkongsi jawapan kepada masyarakat berkenaan dengan organisasi ini.

218389882_139910888268774_1282145062136668544_n