page

Dedah Penipuan Hospital Antara Babak Lejen Dalam Filem ‘Gabbar Is Back’

Akshay Kumar dalam Gabbar Is Back.

Biarpun usia filem ini sudah mencecah enam tahun, ada satu babak yang sentiasa diulang siar di media sosial.

Petikan babak filem Gabbar Is Back (2015) ini menunjukkan bagaimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Gabbar mendedahkan penipuan hospital swasta yang sentiasa mencari jalan untuk mengaut keuntungan daripada setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Gabbar Is Back (2015) merupakan sebuah filem Hindi yang mengisahkan mengenai seorang lelaki, Profesor Aditya yang menyamar sebagai Gabbar yang mendedahkan maklumat pegawai kerajaan yang korup.

Mereka diculik sebelum digantung di kawasan terbuka bersama dengan fail-fail mengenai jenayah yang dilakukan.

Babak Pendedah Scam Hospital Dalam Filem ‘Gabbar Is Back’ Yang Sentiasa Tarik Perhatian Netizen 1

Dalam babak yang terkenal itu, Aditya aka Gabbar membawa rakannya, Shruti yang tercedera dalam kemalangan kecil.

Apa yang beliau hairankan apabila luka yang dialami Shruti hanya kecil, namun banyak prosedur yang perlu beliau lalui.

Rasa hairannya mula terjawab apabila beliau terdengar arahan doktor kepada jururawat supaya memujuk pesakit bersalin dengan menggunakan kaedah pembedahan bagi mengaut keuntungan berbanding bersalin secara normal.

Babak Pendedah Scam Hospital Dalam Filem ‘Gabbar Is Back’ Yang Sentiasa Tarik Perhatian Netizen 2

Daripada situ, Aditya mula hairan dan menjalankan eksperimen bagi membuktikan sama ada sangkaannya benar atau tidak.

Selain daripada isu korupsi dan penipuan, ada banyak lagi isu-isu sosial yang diangkat dalam filem ini.

Untuk anda yang belum menonton, filem Gabbar Is Back kini sudah pun berada di Netflix. Sebelum itu, apa kata anda tonton dahulu trailer filem ini di pautan bawah:

Akshay Kumar merupakan salah seorang bintang yang terkenal di India kerana mampu membawa watak yang diberikan kepada dengan baik.

Antara filem lain lakonan beliau yang menarik untuk ditonton ialah:

1. Pad Man

Pad Man (2018) merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada kisah sebenar Arunachalam Murugananthan, seorang usahawan sosial dari Tamil Nadu yang mencipta mesin untuk menghasilkan tuala wanita mampu milik.

Baca lanjut: Tonton Bagaimana Tuala Wanita Mampu Ubah Kehidupan Seorang ‘Pad Man’

2.‘Toilet: Ek Prem Katha’ 

Mungkin ada antara kita yang pernah melalui zaman tandas berada di luar rumah, namun pernahkan anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya sesebuah rumah tiada tandas?

Mengangkat isu ini, filem komedi Toilet: Ek Prem Katha lakonan Ashkay Kumar dan Bhumi Pednekar antara satu filem menarik untuk tontonan isi keluarga.

Baca lanjut: Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Tonton Bila Tandas Diharamkan Di Rumah Dalam ‘Toilet: Ek Prem Katha’